Sebab utama umat Yahudi lebih kuasai dunia berbanding umat Islam

 

15 juta orang yahudi boleh mengusai dunia berbanding 1.6 billion umat Islam di seluruh dunia. Mengapa ini boleh terjadi? Apakah memang benar kualiti umat Islam kini laksana buih di pesisir pantai?

Yahudi dapat menguasai dunia salah satu sebabnya kerana mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Bagi mereka, "Education is the first bussines" (Pelajaran adalah bisnes yang utama). Tetapi lihatlah pada hari ini, terutamanya dalam negara Malaysia ini, ramai juga ibu bapa yang lebih bangga dan inginkan anak-anak mereka menjadi artis. Mereka lebih menggalakkan anak mereka menceburkan diri dalam dunia hiburan dan "glamour". Sanggup berhabisan berbelanja untuk tujuan berkenaan.

Adakah pernah ibu bapa hari ini mengira berapa banyak duit yang sanggup dikeluarkan untuk menyekolahkan anak-anak seumur hidupnya nanti? Bagaimana kalau dikatakan bahawa seandainya anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu membelanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit menghantar anak ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Mereka sangat berpotensi menjadi anak yang bijak dan indah budi pekertinya apabila kita tahu kaedah yang benar dalam mendidik mereka.

Namun, adakah wang yang anda laburkan untuk pendidikan anak sejak lahir bakal menjadikan anak lebih bijak atau bertambah liar?. Pastinya anak berkenaan akan lebih bijak dan tidak liar pada usia remaja mereka.  Itu belum lagi diambil kira sumber rezeki atau duit yang diperolehi untuk membesarkan anak-anak itu. Adakah ianya halal yang diberkati atau haram atau mungkin juga bercampur halal serta haram?. 

Sumber yang halal menjamin keberkatan dan kesempurnaan iman dan hidup keturunan kita semua.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan