Lima perkara umat Islam patut tahu berkenaan dengan fakta kesihatan yang mana telah diajarkan kepada kita dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Waktu solat
subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya
seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau
migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam
sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan berais / air batu) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (tidak muda dijangkiti penyakit).
3. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan
lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tidak gemuk.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam.
Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam
ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan
usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan
berasaskan ayam.
5. Nabi Muhammad SAW juga mengajar kita makan dengan
tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. ( Enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam ). Sabda Baginda, Ilmu itu
milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah,
Allah akan menggandakan untuknya 10 kali.
Petua dan tips kesihatan saranan ajaran Islam |