Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka. Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu sebelum ini. Mereka dalam rangka lawatan ke beberapa buah negeri dan Melaka adalah salah satu dari destinasi lawatan mereka.
Kunjungan mereka telah disambut oleh jawatankuasa Masjid Kampung Hulu, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (cawangan Negeri Sembilan).
Mereka diberikan taklimat ringkas mengenai Masjid Kampung Hulu dengan bantuan penterjemah ke dalam Bahasa Cina.
Seramai 120 orang belia China terlibat dalam rombongan ini dan ada antara mereka yang bukan beragama Islam. Setelah mereka meninjau-ninjau kawasan sekitar masjid dan bergambar, mereka kemudiannya menjamah makanan dan minuman yang disediakan, sebelum berangkat ke destinasi lain.
*Kebetulan saya masih ada di masjid berkenaan selepas solat zohor semasa rombongan dari China ini sampai, maka saya secara tidak langsung jadi wartawan media bagi pihak Masjid Kampung Hulu.