Hati-hati dengan penipu di sekitar lokasi tumpuan ramai di Melaka


Lokasi tempat tumpuan ramai terutamanya kawasan pelancongan sering menjadi pilihan para penipu yang mencari duit mudah dengan membuat pelbagai helah bagi memperdayakan mangsa.  Sekiranya bakal mangsa berlembut hati dan tidak bertegas menolak sebarang kata-kata atau tawaran dari si penipu ini, maka duit yang bersusah payah anda cari akan menjadi korban "sedekah tanpa rela" pada golongan bangsat ini.

Negeri Melaka tidak terkecuali dari hal sebegini. Berikut adalah kisah yang diceritakan oleh salah seorang rakyat negeri Melaka. Beliau ketika ini sedang menyambung pelajaran di Politeknik Premier Ibrahim Sultan Johor Bahru. 

Beliau berhadapan dengan penipu bangsat ini ketika membuat lawatan ke Bandar hilir, untuk buat kajian bagi keperluan kerja kursusnya bersama dengan beberapa orang rakan.  Ikuti kisah beliau yang disalin terus dari Facebook beliau tanpa mengubah ayat asal yang digunakan :

Aku sebagai orang Melaka aku malu dengan tindakan orang2 sebegini , aku nak korang hati -hati dengan orang2 mcm nie . Mase aku gi lawatan ke Bandar hilir, untuk buat kajian , aku gan kawan2 aku lalu kat JAMBATAN TAN KIM SENG BERSEBELAHAN HARD ROCK CAFE , aku gan kawan2 aku kene tahan oleh berapa org berbangsa cina mereka minta aku gan kawan aku tulis name dan bgi markah katenyee untuk subjeknyee , markah yg diminta brape2 jee dan dia akn bgi cenderahati . 

Cenderahati yg dorang nk bgi tu katenye free .Aku pon tulisla 20 , rupenye2 aku tulis 20 tu, kena bgi rm20 , wajib kirenye cenderahati tu kene bayar dan markah tu sebernanye brape duet yang kite nk bgi kat die . dia minta aku duet rm20 tu dan nk bgi aku copstick yg boleh dpat kat kedai xsmpai rm10 . naseb bek kawan aku tarik aku , tidak melayang rm20 aku . 

KAWAN AKU SORANG RM10 , KAWAN AKU YG KEDUA RM10 JGAK DAN KAWAN AKU LGI SORANG , RM30 , (ORNG TU BGI KEYCHAIN COUPLE JER UNTK YG RM30) .Mase aku nk balik aku lalu la kat situ blik , aku tangkap gambar , seorg laki cina nie perasan aku tangkp gambar , pastu terus dtng kat aku dia cuit tgn aku gan buku smbil marah aku , dia cakap " Ea u asal tangkap gambar i ? babi " aku pusing belakang , aku ckp " u mau i report polis ke? " aku gan kawan aku terus jalan pastu kebetulan ade van polis kat situ kawan aku gan aku buat report polis , lepas tu kami pusingla belakang tgok mereka , lesap terus .. hilang .... 

HATI2 YEA KAWAN2 DENGAN ORG CMNIE , KAT MANE2 PON ADE , KALAU NMPAK MEREKA TAHAN JGN LAYAN , MGKIN ANDA AKAN DITIPU........

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan