Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba.
Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri (berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita. Daunnya yang ditumbuk bersama garam boleh digunakan untuk merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan.
Di Malaysia pula serbuk yang dihasilkan oleh daun beluntas biasanya digunakan untuk merawat demam. Serbuk ini yang dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes digunakan untuk menyembuhkan ulser dan menghilangkan lembam dan bengkak.
Bagi masyarakat vietnam pula daun beluntas digunakan untuk merawat keradangan. Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, melegakan sakit kepala, merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam.
Daunnya yang dicelup dalam air panas diminum untuk melegakan selsema.Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak digunakan untuk menyembuhkan tulang retak.
Di Thailand pula jus daun beluntas digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing. Rebusan daunnya juga dijadikan tonik untuk memanjangkan umur. Selain dari itu beluntas juga sedap dijadikan ulam dan masak lemak walaupun rasanya agak payau dan baunya yang agak kuat.
Tahukah anda dengan khasiat yang terkandung di dalamnya, harga pasaran bagi Beluntas yang telah dikeringkan adalah RM100 sekilo. Yang menariknya pokok beluntas sangat senang untuk dibiakkan kerana ia sejenis pokok yang hidup liar di depan halaman rumah mahupun di semak dan hutan.

Untuk mengetahui pelbagai lagi rahsia tumbuhan liar dan herba, klik gambar di bawah :