Gelagat penyokong ketika Malaysia kalahkan Singapura


Sememangnya pertembungan antara Singapura dan Malaysia di perlawanan terakhir kumpulan B dalam kejohanan bola sepak AFF Suzuki Cup 2014 amat menggerunkan peminat dan penyokong Harimau Malaya di tanahair.  

Kedua-dua pasukan sangat memerlukan mata untuk menjadi naib juara kumpulan B bagi melayakkan pasukan masing-masing ke peringkat Separuh Akhir. Singapura memerlukan sekurangnya seri manakala Malaysia wajib menang ke atas lawannya itu.

Pelbagai reaksi dari penyokong dan peminat skuad bola sepak Malaysia. Dalam video yang saya kongsikan ini, adalah salah satu dari padanya.  Mungkin ada antara kita yang macam ini semalam.

Secara tidak langsungnya, lagu nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne yang bertajuk Apa Khabar dan lagu dari nyanyian Muhammad Taufik bin Batisah bertajuk Awak Kat Mana menjadi lebih popular kerana menjadi bahan lawak ke atas penjaga gol Singapura yang tiada di gawangnya ketika Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol ke tiga untuk skuad bola sepak Harimau Malaya.

Dari sumber di salah satu page Facebook, dikatakan ia dirakankan oleh isteri kepada penyokong berkenaan. Asalnya nak record pengadil tiup wisel penamat. Tapi lain pula yang terakam. Si suami memberi arahan macam dia ada di stadium gamaknya..   :-D



Syukur...syukur...syukur ya Allah...

Berikut adalah hasilan kreatif dari penyokong bola sepak Malaysia yang mengedit gambar-gambar yang menjadi viral di internet sejurus selepas tamat perlawanan semalam (29 November 2014) :

Sampaikan si Amir pun terlibat sama....?

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pun dilibatkan juga

Safee Sali pun ada sahamnya juga kerana salah seorang penyokong pasukan bola sepak Singapura memuat naik gambar Safee Sali dan beberapa pemain Harimau Malaya yang sedang menjamu selera di restoran berdekatan dengan hotel penginapan mereka. Dalam gambar itu Safee Sali kelihatan merokok.




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan