Ramai juga yang berbakat dalam seni suara.Cuma ada di kalangan mereka ini tidak berminat untuk menyertai pertandingan nyanyian secara serius seperti di sesi ujibakat pertandingan nyanyian Mentor atau Akademi Fantasia.
Kalau pertandingan yang tak berbintang atau karaoke di majlis perkahwinan, ramai juga yang tampil ke hadapan. Malah sesekali saya sendiri ada juga menyanyi di karaoke rumah orang kahwin. Itupun setelah didesak oleh kawan-kawan.

Berkenaan dengan tajuk artikel kali ini, saya kongsikan videoyang merakamkan seorang awek cun menyanyikan lagu Ziana Zain yang bertajuk Anggapanmu. Suaranyapun boleh dikatakan sedap didengar seiring dengan wajahnya yang lawa itu. Malah adik perempuan kepada kawan sayapun lawa orangnya dan mampu menyanyikan lagu Ziana Zain dengan cemerlang. Kawan saya itu ialah Naib Juara Bintang Melaka FM tahun 2012.
Sebelum ini ada juga penyanyi yang memiliki suara yang paling hampir dengan Ziana Zain iaitu Izzla yang popular dengan lagu bertajuk Ku kunci rindu buatmu. Dengar khabarnya, Izzla dah kahwin. Harap sesekali dia ada menyanyi di mana-mana acara. Sedap dan merdu suara dia...