Usahawan Melayu lalai dalam isu hakcipta

Salam sejahtera...

Hal seperti isu Yatt Hamzah yang mana  tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI didakwa beliau telah ditiru oleh peniaga lain. Dalam hal ini, beberapa perkara saling berkaitan yang berpunca dari tudung rekaan bertemakan Palestin.

Ini membuktikan bahawa usahawan Melayu masih lagi lalai dan ambil mudah soal pendaftaran hakcipta. Sepatutnya usahawan berkenaan mempertimbangkan dengan sedalamnya selain dari perihal rekaan, kos pengeluaran dan bahan-bahan, iaitu isu memperlindungkan dan mendaftar hakcipta sebelum mengeluarkan sesuatu produk dan sebelum dijual di pasaran terbuka.

Di Malaysia sudah ada Sistem Perlindungan Harta Intelek. Usahawan yang ingin bersaing di pasaran terbuka terutamanya yang mempunyai produk berekaan seperti tudung ataupun sebarang jenis produk dalam  kategori harta intelek, dapatkanlah maklumat dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia. 

Untuk melawat laman sesawang rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia, sila klik perkataan berikut ----> MyIPO

Namun seperkara lain yang membataskan usahawan yang keramaiannya dari bangsa Melayu ialah masalah kos untuk mendaftarkan sesuatu rekaan atau "pattern" itu adalah sangat tinggi.  Bukan semua usahawan Melayu yang kaya raya berkoyan-koyan. Bukan semuanya yang mampu membayar yuran pendaftaran bagi perlindungan harta intelek dan rekacipta berkenaan.


*Sumber gambar dari Google

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan