Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu atau pernah kenal lagu Riverside nyanyian Agnes Obel. Kata beliau lagi lagu Arjuna Beta dihasilkan dari jiwanya yang berkisahkan mengenai anaknya yang mempunyai penyakit jantung dan sesetengah sumber mengatakan bahawa anak angkat Fynn itu mempunyai penyakit autisma.
Yang menjadi isu di kalangan pendengar muzik di Malaysia ialah nilai dan ciri lagu (muzik) yang terdapat pada Arjuna Beta mempunyai persamaan dengan lagu Riverside. Saya sendiri ada mendengar kedua-dua lagu itu dan mengakui dari segi "mood" dan iramanya ada persamaan pada beberapa bahagian muzik tersebut.
Mungkin hanya penceritaan dalam lagu Arjuna Beta saja yang berbeza tetapi muzik atau lagunya disadur atau diinspirasikan dari lagu Riverside. Yang menjadi persoalan saya, dia kata tak tahu tentang muzik tetapi lagunya ini hampir sama dengan lagu "orang putih" itu. Mungkin inilah yang dikatakan kebetulan yang sangat jarang berlaku dalam dunia..
Fynn Jamal - Arjuna Beta
Agnes Obel - Riverside