Pada malam tadi, saya sebenarnya merancang untuk mengikut pengawal keselamatan meronda & "clocking" di salah satu bangunan di Jalan Hang Tuah, Melaka untuk mengambil gambar di kawasan yang dikatakan ada peristiwa misteri. Tetapi sehingga ke pagi ini, nampaknya macam tak dapat nak laksanakan. Abang guard yang saya nak "follow" tu dah bertukar syif.
Saya ingin mengambil gambar di kawasan tu bukannya dengan niat mahu menangkap gambar objek "aneh", tetapi hanya ingin merakamkan suasana tempat itu agar pengunjung blog ini dapat membayangkan perasaan pengawal keselamatan yang pernah diganggu dengan suasana misteri dan "menyeramkan" bagi sebilangan orang. Ketika saya tidur di kedai saya, saya pun pernah juga terserempak dengan situasi yang sedemikian semasa nak ke tandas lewat malam dan awal pagi (di tandas tingkat lain, bukan yang sama tingkat dengan kedai saya) tetapi, Alhamdulilah, tidak ada apa-apa yang membahayakan, sekadar bayangan dan "lintasan" yang mungkin akan dipertikaikan oleh sesetengah orang..