Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

World Largest Ghost Hunt : ada wakil dari Malaysia?


Suatu aktiviti kajian paranormal (dunia misteri dan mistik) bakal dicatit di dalam Guinness World Book Record dengan penyertaan 100 pasukan dari seluruh dunia. Ia akan bermula serentak pada 30 September 2017.

Antara pasukan yang terpilih adalah dari negara Usa, India, Mexico, Rusia, Canada, Netherland, United Kingdom, Australia, China, Thailand, Ireland dan tidak terkecuali Malaysia... What....??? Malaysian team???

Mana punya team daa....? Ye, pasukan yang terpilih mewakili  Malaysia ialah KPAMG ( Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib ). Mereka ini adalah kelab berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia (PPM-005-14-19102015). "Tag line" mereka ialah : Kami Menjelajah, Merungkai, Mentafsir, Menyampaikan Maklumat.

Setiap kajian yang dibuat oleh pasukan-pasukan kajian paranormal ini akan disiarkan secara live streaming di Amerika Syarikat.

Setiap pasukan akan membuat kajian di lokasi yang berbeza. Pasukan KPAMG akan membuat kajian di Perak. Sila rujuk gambar poster di bawah :

Ber 'selfie' tak sedar ada hantu di belakang



Kita mungkin telah mendengar semua cerita dari rakan-rakan mengenai sesuatu yang menyeramkan yang berlaku kepada seseorang yang kita kenali, tetapi anda tidak pernah benar-benar mendapat untuk menyaksikan sendiri. 

Sebaliknya, gadis-gadis ini menyaksikan sesuatu selepas mereka melihat gambar yang mereka rakaman di dalam kawasan sekolah. Ia mungkin akan memberikan anda berasa seram sejuk!.

Ia berlaku di Filipina, iaitu di Rizal High School yang dikenali sebagai sekolah yang paling padat dan sebenarnya pernah dicatatkan di dalam Guinness Book of World Records pada tahun 1993.



Makhluk misteri terakam di video amatur



Satu video amatur yang dirakamkan oleh seorang ibu yang sebenarnya sedang merakamkan gelagat anak kecilnya di dapur rumah mereka, secara tidak sengaja berjaya merakam satu mahkluk kecil (makhluk kenit) berlari dari arah sebuah bilik menuju ke kabinet dapur.

Video ini dirakamkan di negara Argentina pada tahun 2011, kini kembali mendapat tumpuan dan perbincangan oleh pengguna dan pelayar internet.


 

Misteri dan seram di bangunan MARA

Pada malam tadi, saya sebenarnya merancang untuk mengikut pengawal keselamatan meronda & "clocking" di salah satu bangunan di Jalan Hang Tuah, Melaka untuk mengambil gambar di kawasan yang dikatakan ada peristiwa misteri.  Tetapi sehingga ke pagi ini, nampaknya macam tak dapat nak laksanakan. Abang guard yang saya nak "follow" tu dah bertukar syif.

Saya ingin mengambil gambar di kawasan tu bukannya dengan niat mahu menangkap gambar objek "aneh", tetapi hanya ingin merakamkan suasana tempat itu agar pengunjung blog ini dapat membayangkan perasaan pengawal keselamatan yang pernah diganggu dengan suasana misteri dan "menyeramkan" bagi sebilangan orang.  Ketika saya tidur di kedai saya, saya pun pernah juga terserempak dengan situasi yang sedemikian semasa nak ke tandas lewat malam dan awal pagi (di tandas tingkat lain, bukan yang sama tingkat dengan kedai saya) tetapi, Alhamdulilah, tidak ada apa-apa yang membahayakan, sekadar bayangan dan "lintasan" yang mungkin akan dipertikaikan oleh sesetengah orang..

Tingkat 1, yang menempatkan kedai saya. Yang dikatakan lebih bermisteri oleh "guard" ialah tingkat di atasnya. Bagi saya misteri ada di mana-mana, contohnya misteri kehilangan enjin jet pejuang yang "sebesar alam" di Malaysia...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan