Resepi Biskut Tutku (Turkey)

 
Biskut Tutku  (Tutku biscuit)

Tutku adalah biskut tradisional negara Turkey berbentuk seperti roda yang menarik dengan inti coklat cair. Kanak-kanak pastinya sangat menyukainya. Dewasa sering mengidamkan biskut ini. Ia kelihatan hebat dan comel di atas pinggan untuk dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu pagi atau minum petang.

Dalam artikel kali ini saya berkongsikan resepi dengan pembaca akan resepinya. Sukar juga saya mencari dan merujuk dari pelbagai sumber dan akhirnya saya bertanya kepada seseorang dari luar negara. Dia adalah seorang Muslim Jerman yang ada perkaitan dengan negara Turkey. Terima kasih kepada beliau atas resepi yang diberitahu olehnya pada saya. 

Asalnya di dalam bahasa Inggeris serta mungkin ada bahasanya yang tidak tepat tetapi saya cuba terjemahkannya dan membuat penambahbaikkan mengikut pemahaman saya ke dalam bahasa Melayu sebaik mungkin.  Mohon maaf andai ada bahagian penerangan yang anda kurang faham.

Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)

Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.  

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.  Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.

5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.


 *Saya cuma berkongsi resepi. Sebarang pertanyaan mengenai bagaimana itu, macam mana ini, saya tidak tahu.



----------------------------------


Klik pautan di bawah untuk mempelajari pembuatan kek yang istimewa :

Sensasi Kek Coklat



 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan