"harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap"
SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga
menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sabah jam 12.30 tengah hari, 21 April 2014.
Kanak-kanak itu diselamatkan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah setelah mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari.
Beberapa orang anggota JBPM kemudiannya tiba di lokasi lima minit kemudian, bagaimanapun pihak JBPM tidak berjaya melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke Rumah Sakit Queen Elizabeth.

Dari makluman Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika kejadian, sesi persekolahan telah berakhir dan mangsa dikatakan bermain dengan rakannya sementara menunggu kenderaan yang menjemput mereka pulang sampai.
*KOMEN :
-Penyelenggaraan besi penutup longkang yang diabaikan
-Kualiti jenis penutup longkang yang perlu dikaji semula penggunaannya