Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Punca utama tragedi korban 6 anggota bomba di Taman Putra Perdana


Rakyat Malaysia bersimpati dan bersedih atas kejadian yang menimpa kepada enam anggota bomba ketika bertugas di lombong Taman Putra Perdana, dalam usaha mereka mencari seorang remaja yang tenggelam di kawasan berkenaan.

Di bawah ini merupakan gambaran punca utama yang menyebabkan enam anggota bomba berkenaan menemui ajal di lombong berkenaan :



BERIKUT ialah kronologi tragedi anggota bomba lemas.

6.30 petang
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.



8.55 malam
Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam
Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.

- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.

- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.

9.45 malam
Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam
Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas

11.30 malam
Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Kemalangan jalanraya di Hutan Rekreasi Sungai Udang Melaka


Satu kemalangan telah berlaku pada 16 Disember 2017 di jalanraya yang merentasi Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka. Dipercayai ia berlaku pada waktu tengah hari atau awal petang.

Berikut adalah video amatur yang sempat dirakamkan oleh pengguna jalanraya berkenaan yang menunjukkan keadaan kenderaan yang rosak teruk :



*kredit video : Ariemohdsahari

Maut akibat papan tanda jatuh di PLUS - Kuala Kubu Bharu


Kuala Kubu Bharu : tiga maut selepas struktur papan tanda di Kilometer (KM) 339.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tanjung Malim jatuh menghempap sebuah kenderaan, jam 6.30 pagi (10 Oktober 2015).

Struktur papan tanda berkenaan jatuh selepas dilanggar sebuah lori kontena yang terbabas. Berikutan kejadian itu semua lorong menuju utara dan selatan terhalang mengakibatkan kesesakan trafik sejauh kira kira dua kilometer.

Jurucakap PLUS berkata, ketiga tiga mangsa iaitu masing masing dua lelaki dan satu wanita iaitu pemandu dan penumpang kenderaan maut di tempat kejadian..

Semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk dibedah siasat..PLUS turut memaklumkan, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif arah selatan melalui susur keluar Behrang bagi perjalanan ke arah selatan dan menggunakan susur keluar Tanjung Malim ,bagi perjalanan arah utara.

Gambar Kemalangan :




  


Sumber : Berita Harian Online

Maklumat lanjut kes letupan di Gurun, Kedah


24 Disember 2014 - GURUN : MAKLUMAT LANJUT KES LETUPAN -Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas sebuah rumah digegarkan dengan bahan letupan yang sebenarnya bukan berpunca dari tong gas tetapi dipercayai sejenis bom tangan dalam kejadian di Taman Mesra Ria, yang menyebabkan 10 buah rumah rosak teruk manakala 34 lagi rumah mengalami kerosakan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, maut selepas tercampak sejauh kira-kira 17 meter dipercayai berpunca dari rumahnya.

 
  

Turut maut anaknya, Nur Idayu Shahira, 8, manakala isterinya, Sharifah Haslinda Hashim 37, dan anak mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Selain itu turut maut anak jiran mangsa, Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5, manakala ibunya, Zuraidah Mat Rotbi, 30, cedera parah akibat letupan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya pada sidang media sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut," katanya.



Sumber : RTM / Astro

Guraunya Benar Belaka - Cor Pan mangsa nahas MH17


Gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

Beliau membuat status bergambar pada akaun Facebooknya pada pagi Khamis di lapangan terbang Amsterdam. Penerbangan MH17 adalah perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur tetapi terhempas di timur Ukraine, 50 kilometer dari sempadan Russia dan Ukraine.

Antara gambar yang sempat dirakam Cor Pan yang dikatakan pesawat MH17
Laman Facebook beliau sejak itu telah dibanjiri dengan penghormatan dan status berkenaan telah dikongsi beribu-ribu kali. Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan (lebih kurang begini maksudnya) : “Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya".

Cor Pan, yang dikatakan merancang untuk menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk sengaja bergurau bahawa satu lagi pesawat yang mungkin akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang dikatakan hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu.

Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan benar-benar hilang daripada radar selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.  Pesawat ini jatuh terhempas dan meletup dipercayai terkena tembakan misteri dalam laluan udara yang merentasi negara Ukraine serta mengorbankan 298 penumpang dan 15 orang anak kapal.

Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor Pan, berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, namun beliau berada di dalam pesawat. Gambarnya itu dipercayai diambil dari pintu masuk penumpang yang memperlihatkan pesawat sedang menunggu di ruang parkir. Gambarnya itu disertakan dengan keterangan "Di Lapangan terbang Schipol". Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat.

Namun, apabila pemeriksaan teliti pada foto, bagaimanapun, huruf "RC" dapat dilihat di bawah roda hadapan pesawat, yang menunjukkan nombor pendaftaran pesawat adalah 9M-MRC. Sedangkan nombor pendaftaran pesawat MH17 adalah 9M-MRD.

Ada kemungkinan Cor Pan mengambil gambar pesawat Malaysia Airlines yang berbeza iaitu MH194 yang tiba dari Kuala Lumpur.


 
Di tempat lain di media sosial, satu status Instagram muncul untuk menunjukkan pasport dan boarding pas seorang pemuda Belanda yang berada di MH17.

Menurut pada kapsyen gambar berkenaan, beliau dalam perjalanan ke Bali.



*Sumber
-Berita RTM
-Google


*Komen :

 -ada khabar mengatakan beberapa kejadian yang menimpa Malaysia sejak kebelakangan ini adalah berkaitan dengan bantuan Malaysia ke Palestine.

-ia seolah-olah menunjukkan ada pihak mahu membuli dan memberi amaran kepada Malaysia agar tidak menghulurkan bantuan kepada Palestine.

Pesawat AirAsia AK 278 kemalangan


Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang 7 Julai 2014. AirAsia turut mengesahkan terdapat insiden membabitkan Penerbangan AK 278 di lapangan terbang terbabit yang berlaku sekitar 4 petang.

Bagaimanapun, semua 102 penumpang dan 7 kru di atas pesawat berkenaan dan berjaya dikeluarkan dengan selamat. AirAsia dalam kenyataan media juga memaklumkan bahawa kejadian tersbeut tidak menyebabkan sebarang kecederaan.



Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan!


Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi (13 Mei 2014). 

DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.

Kedua-duanya akan pulang berehat di rumah dalam  masa terdekat ini.


Sumber

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN



*Semoga allah SWT merahmati dan melindungan Dato Seri Anwar Ibrahim sekeluarga dari bencana, perbuatan khianat dan pelbagai lagi perkara buruk yang mungkin boleh berlaku dalam senario politik masa kini.

Cerucuk besi menembusi pipi kanak-kanak

 
"harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap" 

SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sabah jam 12.30 tengah hari, 21 April 2014.

Kanak-kanak itu diselamatkan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah setelah mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari. 

Beberapa orang anggota JBPM kemudiannya tiba di lokasi lima minit kemudian, bagaimanapun pihak JBPM tidak berjaya melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke Rumah Sakit Queen Elizabeth.


Dari makluman Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika kejadian, sesi persekolahan telah berakhir dan mangsa dikatakan bermain dengan rakannya sementara menunggu kenderaan yang menjemput mereka pulang sampai.

Bagaimanapun ketika sedang bermain, salah seorang rakan mangsa telah terpijak hujung cerucuk (batang besi) penutup longkang dan ianya ternaik lalu menusuk pipi mangsa.






*KOMEN :

-Penyelenggaraan besi penutup longkang yang diabaikan

-Kualiti jenis penutup longkang yang perlu dikaji semula penggunaannya

Murid TADIKA lemas dalam kolam kumbahan


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas van dinaiki terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Kejadian berlaku di Jalan Pertanian 40, Taman Universiti pada pukul 1130 pagi, 14 April 2014.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata ketika kejadian, van berkenaan berhenti untuk menaikkan pelajar-pelajar Tadika Kemas Kaisara di Taman Universiti, dengan pemandunya berada di luar van. Van yang ketika itu dinaiki enam pelajar sekolah tadika dipercayai menggelungsur sebelum terlanggar pintu kawasan kumbahan dan terjatuh ke kolam berkenaan.



Jenazah Muhammad Azri Aqif Azhar yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik kesihatan, dibedah siasat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai . Manakala lima lagi pelajar yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. Pemandu van ditahan untuk membantu siasatan.


Sumber : Berita RTM

Fakta mengejutkan mengenai pesawat MH370


Seperti pada gambar di atas dan nota di bawah, ia dikongsi melalui Instagram berkenaan dengan beberapa fakta berkaitan dengan nahas kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 MH370, Malaysia Airlines.


"semalam 8/3/2014 . kebetulan ayt yasin ada 83 ayt . first time pesawat terhempas pada 1977 . second time plk 2014 . 2014-1977 = 37 tahun . kebetulan pesawat yg hilang MH370 . subhanallah..." 


*KOMEN :
-Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui akan sesuatu yang terjadi.

Tiada panggilan SOS dari pilot MAS MH370

Kakitangan Malaysia Airlines mengadakan sidang akhbar di Beijing, China

*Kemaskini : Pesawat MH370 yang hilang itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, berumur 53, merupakan seorang juruterbang veteran yang sangat berpengalaman dengan mencatatkan 18,365 jam penerbangan, Kapten Zaharie menyertai Malaysia Airlines pada tahun 1981.



Sekurang-kurangnya 239 penumpang yang berada di dalam kapal terbang Malaysia Airlines dikhuatiri mati selepas ia hilang di Laut China Selatan.

Satu operasi carian utama telah dilancarkan selepas pesawat terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang komunikasi di ruang udara Vietnam pada 1.20 pagi waktu tempatan.

Pakar keselamatan penerbangan yang etrkemuka telah berkata ia adalah 'luar biasa' apabila juruterbang pesawat tidak membuat panggilan kecemasan. Pesawat Boeing B777-200 yang telah membuat penerbangan berada pada kira-kira 35,000 kaki sebelum ia terputus hubungan di Laut China Selatan. Sepatutnya pilot yang bertugas mempunyai 'banyak masa' untuk melaporkan sebarang masalah teknikal, kata
editor operasi dan keselamatan Flight Global’s David Learmount.

Ulasan yang diberikan oleh pilot pesawat tentera udara Vietnam yang  ternampak dua tompokan minyak yang besar dekat dengan kawasan di mana pesawat itu hilang. Tetapi tidak ada pengesahan bahawa tompokan itu berkaitan dengan kapal terbang yang hilang, tetapi pihak mereka yakin secara konsisten bahawa ia datangnya dari tangki bahan bakar pesawat yang disyaki terhempas itu.

Ia juga muncul bahawa dua nama yang disenaraikan di yang ketara bagi hilang pasport Perlawanan penerbangan dilaporkan dicuri di Thailand, pegawai-pegawai Kementerian Luar di Rom dan Vienna telah disahkan.

Pasukan rasmi mencari dan menyelamat melaporkan bahawa isyarat terakhir dari pesawat dikesan kira-kira 120 batu nautika (140 batu) di barat daya wilayah selatan Ca Mau Vietnam.

'Pasukan kami sedang memanggil seterusnya kaum keluarga terdekat penumpang dan anak kapal', kata CEO Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya semalam.

'Fokus syarikat penerbangan itu adalah untuk bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa serta mendapatkan sokongan sepenuhnya. 'Fikiran dan doa kami adalah mengiringi semua penumpang yang terlibat dan anak-anak kapal serta ahli keluarga mereka,' katanya.
Di lapangan terbang Beijing, pihak berkuasa mencatatkan notis meminta saudara-mara dan rakan-rakan penumpang berkumpul di sebuah hotel kira-kira sembilan batu dari lapangan terbang untuk menunggu untuk maklumat lanjut.

Rekod pesawat jenis Boeing 777 tidak mempunyai kemalangan maut dalam 20 tahun kebelakangan ini sehinggalah berlakunya kemalangan Asiana di San Francisco pada bulan Julai 2013. Tiga penumpang terbunuh dalam kejadian berkenaan.


Video pesawat MAS MH370 dalam radar

*Sumber dari :
-Metro UK 
   

*KOMEN :

-kalau tak kerana kemalangan ini, tv berulang kali asyik dengan berita DSAI dijatuhi tuduhan bersalah dalam kes Fitnah II (kempen sebelum pilihanraya kecil Kajang).

-semoga akan ada perkembangan positif dalam usaha mencari penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih dan penyayang...

Pesawat MAS MH370 : Isyarat terakhir di luar pantai barat daya Vietnam

Isyarat terakhir MH370 di tengah laut

Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan.

Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham Hien berkata, isyarat itu dikesan di 120 batu nautika di barat daya wilayah Ca Mau.

Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam Lai Xuan Thanh berkata, pesawat itu sedang terbang di kawasan laut dan dalam perjalanan memasuki ruang udara Vietnam tetapi pegawai kawalan udara tidak menerima sebarang perhubungan selepas kali terakhir dikesan.

Sementara itu, Vietnam yang bekerjasama dengan Malaysia dan China turut melancarkan gerakan mencari pesawat pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang
awal hari ini (8 Mac 2014).



*Sumber dari :
-AGENSI
-METRO
-JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

Gambar dan penerangan mengenai kejadian letupan Empire Shopping Gallery, Subang Jaya

 



 

 Assalamualaikum...
Satu letupan kuat yang berlaku di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian yang dianggarkan berlaku pada jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca runtuh dan pecah. .

Pihak "keselamatan" menerima menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 pagi dan jentera bomba yang pertama sampai di lokasi kejadian lebih kurang pukul 3.50 pagi.  Setelah pihak bomba tiba, kelihatan berlakunya kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas, yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

Semasa kejadian, pihak bomba dimaklumkan oleh Bahagian Keselamatan Bangunan Empire Shopping Gallery, terdapat dua orang pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian "basement" dan mereka mengalami kecederaan ringan serta dua orang awam yang berjaya diselamatkan dan telah diserahkan pada pihak ambulan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi tadi berkata beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.

Segmen Satu Gambar Bercerita : Tukang Masak


Assalamualaikum...

Tukang masak atau chef kini merupakan satu kerjaya yang profesional malah boleh menjadikan seseorang itu popular seperti artis.  Jika ada rezeki mungkin dipelawa untuk berlakon drama dan filem.  Jadi kayapun mampu dengan kerja sebagai tukang masak.

Namun mereka yang bekerja sebagai tukang masak ini terdedah kepada risiko bahaya yang ada di dapur, seperti risiko kebakaran dan terjatuh.  Hargailah tukang masak anda...

Kemalangan di Jalan Hang Tuah Melaka

Assalamualaikum...

Saya sendiri menyaksikan detik-detik sebelum lori berkenaan terbabas dan rebah di persimpangan lampu isyarat Jalan Hang Tuah, Melaka, berhadapan dengan Bank Rakyat dan berhampiran dengan Kompleks Hang Tuah.  Kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30pagi tadi ( 17 Februari 2011 ).  Bomba dan Ambulans telah datang ke tempat kejadian lebih kurang 5 minit kemudian.

Pada pandangan peribadi saya, melihat dari masa sebelum lori berkenaan kemalangan hingga detik-detik ianya rebah, ianya berlaku atas kecuaian dan kegopohan pemandu lori yang memandu terlalu laju kerana ingin mengejar masa di lampu isyarat sehinggakan lorinya itu "membuang" dan rebah ke sebelah kiri lori dan melanggar seorang dewasa yang berusia lebih kurang 50 tahun ke atas, yang dipercayai "orang pejabat" di pejabat berhampiran (memakai baju corak batik berunsur warna kebiruan) yang sedang berada di tepi jalan untuk melintas. 

Nasib baik lori berkenaan rebah sebelum ianya melalui tempat di mana "orang pejabat" berkenaan berdiri.  Maka impak dari pelanggaran itu tidak kuat dan mangsa itu boleh bangun dengan sendiri.  Kereta yang berada hampir di tempat kejadian itu mengalami kerosakkan di bahagian belakang.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan