Kemalangan di Jalan Hang Tuah Melaka

Assalamualaikum...

Saya sendiri menyaksikan detik-detik sebelum lori berkenaan terbabas dan rebah di persimpangan lampu isyarat Jalan Hang Tuah, Melaka, berhadapan dengan Bank Rakyat dan berhampiran dengan Kompleks Hang Tuah.  Kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30pagi tadi ( 17 Februari 2011 ).  Bomba dan Ambulans telah datang ke tempat kejadian lebih kurang 5 minit kemudian.

Pada pandangan peribadi saya, melihat dari masa sebelum lori berkenaan kemalangan hingga detik-detik ianya rebah, ianya berlaku atas kecuaian dan kegopohan pemandu lori yang memandu terlalu laju kerana ingin mengejar masa di lampu isyarat sehinggakan lorinya itu "membuang" dan rebah ke sebelah kiri lori dan melanggar seorang dewasa yang berusia lebih kurang 50 tahun ke atas, yang dipercayai "orang pejabat" di pejabat berhampiran (memakai baju corak batik berunsur warna kebiruan) yang sedang berada di tepi jalan untuk melintas. 

Nasib baik lori berkenaan rebah sebelum ianya melalui tempat di mana "orang pejabat" berkenaan berdiri.  Maka impak dari pelanggaran itu tidak kuat dan mangsa itu boleh bangun dengan sendiri.  Kereta yang berada hampir di tempat kejadian itu mengalami kerosakkan di bahagian belakang.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan