*gambar hiasan : kegagalan pemimpin masyarakat zaman kini cuba ditutup dengan kemajuan dunia, Islam hanya terserlah dengan pembinaan masjid, perarakkan Maulidur Rasul dan semasa menguruskan mayat. Dari segi penggunaan sepenuhnya sistem perundangan bagaimana pula?
Sebilangan masyarakat kita masih lagi yang memandang remeh pengertian "Hari Valentine" ataupun "Hari Kekasih". Jangan hanya memandang perihal ini pada golongan remaja semata kerana orang dewasa dan tua juga ada yang menyambut.hari valentine. Apabila tiba hari Maulidur Rasul, berapa ramai masyarakat Islam yang tahu pengertian disebalik sambutan yang saban tahun diadakan....?
Kenapa kalau memperkatakan masalah moral, remaja yang menjadi perhatian utama?. Sedangkan masalah moral sejak zaman sebelum merdeka lagi sudah dilakukan oleh golongan dewasa. Selepas merdeka, gejala zina atau maksiat terus dipromosikan oleh golongan dewasa dan tua. Selepas beberapa lama dalam awal tahun 90-an, iaitu kemuncak zaman "video tape", barulah remaja mencuba "aksi" yang selama ini hanya dilakukan oleh orang dewasa dan tua sahaja sebelum ini. Remaja dari golongan itu memerhatikan masalah moral orang dewasa dan tua sebelum mereka sendiri yang terjebak.
Pagi tadi (pukul 7) saya menonton berita tv. Masih juga ada pihak yang tak henti-henti memburuk-burukkan pihak lain. Maklumlah pilihanraya kecil makin banyak sekarang ini. Pelbagai fitnah disebarkan demi memberi imej buruk pada pihak yang lain. Contohnya pagi tadi berita mengenai peniaga Melayu di Pulau Pinang. Bila Pakatan Rakyat (DAP) ambil alih, sibuklah orang-orang Melayu di sana muncul membuat "bising" dan aduan mengenai kemunduran, kemiskinan, tanah Melayu digadaikan, terpinggir dan macam-macam lagi permasalahan. Sedangkan masalah orang Melayu di Pulau Pinang sudah lama berlarutan iaitu sejak Parti Gerakan memerintah. Parti itu juga orang Cina di dalam Barisan Nasional, tapi kenapa tak dihebohkan dengan kerap seperti sekarang? Tanah Melayu tergadai dan digadaikan sejak lama dahulu.
Masalah Melayu Pulau Pinang ialah masalah yang diwariskan sejak sekian lama. Cuma apabila kini negeri itu diperintah oleh parti lain yang merupakan seteru kerajaan, hanya berita buruk sahaja yang diperbanyakkan sedangkan tidak pula diperhalusi berita mengenai kerajaan negeri yang kini (DAP) mendapatkan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz. Malah kerajaan negeri juga mengambil konsep "amal maaruf nahi mungkar...". Baguslah orang Cina makin ramai yang mendekati dan memahami Islam terutamanya dari parti yang dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz. Kenapa ada pihak yang takut orang Cina tahu ajaran Islam? Islam diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasullullah SAW untuk sekalian umat manusia, bukan hanya untuk orang Melayu.
~ ingatkan pada hari Maulidur Rasul hanya ada berita memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW sahaja, rupanya berita memburuk-burukkan orang lainpun masih diteruskan.. Ye tak ye.., pilihanraya kecil makin banyak...