Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Penebar roti canai : Asal cun je mesti dapat perhatian !


Ada sesetengah pekerjaan atau tugas dilihat kebiasaanya dibuat oleh jantina tertentu dan dianggap dipelopori oleh sesetengah golongan sahaja.

Ia mungkin kerana masyarakat kita secara umumnya tidak didedahkan secara menyeluruh akan persekitaran budaya kerja di sesetengah kawasan lain di negara kita.

Berkaitan dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai telah termasuk dalam senarai antara sarapan wajib. Roti canai mamak sering dianggap sedap tetapi mempunyai isu terselindung. Namun bangsa Melayu tidak kurang gahnya dalam bidang makanan dan lebih berkeyakinan untuk saya jamah 😅.

Dalam video di bawah ini diperlihatkan seseorang telah merakam aksi gadis bertudung yang sedang menyediakan roti canai untuk pengunjung sebuah kedai makan. 

Tidak diketahui di kawasan mana ia dirakamkan namun melihatkan aksi gadis manis menebar roti canai, pasti akan menjadi daya penarik dan pelaris bagi sesebuah kedai makan walaupun gaya tebarannya biasa sahaja.


Segmen Satu Gambar Bercerita : Tukang Masak


Assalamualaikum...

Tukang masak atau chef kini merupakan satu kerjaya yang profesional malah boleh menjadikan seseorang itu popular seperti artis.  Jika ada rezeki mungkin dipelawa untuk berlakon drama dan filem.  Jadi kayapun mampu dengan kerja sebagai tukang masak.

Namun mereka yang bekerja sebagai tukang masak ini terdedah kepada risiko bahaya yang ada di dapur, seperti risiko kebakaran dan terjatuh.  Hargailah tukang masak anda...

Kualiti perkhidmatan Saime Sulam Enterprise

Assalamualaikum, salam sejahtera..,


Minggu lepas, pada hari jumaat, saya pergi ke kedai Saime Sulam Enterprise, yang beralamat di G-06, Plaza Usahawan (MARA), Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka, untuk menyulam nama syarikat saya pada pakaian rasmi untuk perniagaan.

Seperti yang telah dijanjikan, pada hari ini saya datang ke kedai tersebut untuk mengambil baju. Tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan. Kedudukan huruf-huruf yang disulam tidak sekata, nampak ketara sengetnya. Saya meminta syarikat tersebut menyulam nama syarikat saya dengan kesemuanya menggunakan huruf besar. Tetapi tidak semua huruf besar itu sama saiznya.

Saya pergi ke kedai yang diuruskan oleh Suhaimin Bin Jaafar itu atas cadangan Barkay Sports Centre. Saya mencuba dengan sehelai baju terlebih dahulu, untuk melihat kualiti kerja yang dibuat, tetapi mengecewakan. Saya sudah berikan maklumat yang diperlukan untuk beliau menyudahkan sulaman nama tersebut. Jika tidak memahami maklumat tersebut, boleh hubungi saya, tetapi beliau langsung tidak ada menghubungi saya untuk membuat sebarang pertanyaan mahupun pemastian.

Jika kerja menyulam nama pada sehelai baju tidak dapat dibuat dengan sungguh-sungguh dan "cantik", bagaimana pula dengan jumlah baju yang lebih banyak?. Agaknya lagilah kelam-kabut... Dengan kualiti kerja yang seperti ini, ia boleh menjejaskan nama sesebuah syarikat.

Saya dah takut nak berurusan dengan kedai tersebut. Masuk saja dalam kedai tu, saya tidak disambut dengan senyuman, sebaliknya dengan muka masam, terutamanya pekerjanya yang boleh dikategorikan sebagai "masam pahit". Bibir mereka itu seperti sudah kerosakan urat saraf, sampai tidak boleh bersenyum lagi...( agaknyalah...). Jika kualiti sulaman itu tidak berapa cantik, tetapi saya dilayan dengan muka yang senyum, nada suara yang berpatutan dan kelihatan kesungguhan berurus niaga di wajah mereka, nescaya saya akan sedikit "sejuk hati"...

Kualiti kerja Saime Sulam Enterprise tidak sepadan dengan penerangan yang ada pada kad bisnesnya iaitu "pakar sulaman berkomputer..."

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan