~ p/s : walaupun aku kecewa sangat dengan cinta, namun tidak sekali-kali aku berdendam dengan perempuan lain kerana arwah nenek yang aku juga ialah seorang perempuan yang sangat aku sayang walaupun dia semasa hayatnya garang dan suka mencubit aku semasa aku masih kanak-kanak...
Diluar Kemampuan ku - sinambungan dari "saat aku kehilanganmu..."
~ p/s : walaupun aku kecewa sangat dengan cinta, namun tidak sekali-kali aku berdendam dengan perempuan lain kerana arwah nenek yang aku juga ialah seorang perempuan yang sangat aku sayang walaupun dia semasa hayatnya garang dan suka mencubit aku semasa aku masih kanak-kanak...
Saat aku kehilanganmu...
Salam sejahtera...
Saya dah buat apa yang dia suka, apa yang dia nak tapi hal seperti ini tetap juga berlaku.. Silap saya kerana menjadi lelaki yang terlalu sayangkan cinta, yang terlalu lurus, terlalu baik dan terlalu percaya. Sejak lebih beberapa tahun dahulu semasa saya mula-mula menjalinkan hubungan dengan dia, saya sudah berazam untuk memperisterikan dia. Namun saya ini lelaki biasa yang serba kekurangan dari segi rupa dan harta. Perniagaan yang saya usahakan ketika ini masih belum lagi mencapai tahap membanggakan. Bersusah payah saya cuba berjimat cermat sebaik mungkin dalam perniagaan semata-mata untuk mencapai cita-cita hidup disamping dia selama-lamanya, namun itu masih lagi tidak dapat memuaskan kehendak dia.
Semasa dia minta sambung dahulu, pelbagai kata-kata penyesalan diucapkan, pelbagai janji setia disemaikan, namun apabila dugaan datang menimpa, seolah-olah dia melupakan segala kata-kata dan janji-janjinya itu.. Kali pertama dia minta putus dahulu saya merayu dan sanggup mengeluarkan "air mata lelaki" kerana tak sanggup kehilangan orang yang amat saya cintai. Namun kali ini dia telah merosakkan kasih sayang yang saya simpan dalam kalbu ini.
Madah untuk insan yang kembali melukai hati ini :
Siapa Melayu?
Pagi ini sebelum datang ke kedai, saya terpaksa meredah hujan dengan berpayung. Lebat juga sehinggakan beg sandang dan kaki seluar basah. Sesampai saya di perhentian bas, terdapat tiga orang lelaki dan dua buah motosikal. Salah seorangnya lelaki tua berbangsa Melayu dan dua lagi dari pengamatan saya ialah pemuda berasal dari Indonesia.
Yang mencetus ketidaksenangan perasaan saya ialah pengisian perbualan antara si tua Melayu dengan salah seorang pemuda Indonesia itu. Perbualan mereka agak panjang dan pelbagai topik disentuh. Sehingalah menyentuh pada perihal bekerja dengan syarikat kontraktor Melayu dan kontraktor Cina. Si tua dengan bersungguh-sungguh mengutuk, merendah-rendahkan serta memperbesarkan kelemahan dan keburukkan tauke kontraktor Melayu. Ironinya, si tua Melayu itu begitu memuji dan menyanjung tinggi tauke kontraktor Cina.
Saya sendiri menyedari kelemahan bangsa Melayu dalam pelbagai segi, tetapi saya tidak pernah mengutuk dan merendah-rendahkan bangsa sendiri di depan bangsa lain. Jika adapun hal yang saya tidak puas hati dengan bangsa saya sendiri, saya cuma berbincang dan meluahkan perasaan pada orang Melayu lain yang berfikiran terbuka dan positif. Sikap si tua Melayu itu amatlah menjelikkan.
Tidak semua usahawan Melayu yang menjadi tauke buat hal-hal yang tidak baik. Bukan disebabkan bangsa seseorang usahawan itu Melayu, yang menyebabkan perniagaan tidak maju, bukan kerana disebabkan "Melayu", yang tidak membayar gaji pekerja dengan baik.. Semua bangsa juga ada yang bermasalah, tidak kiralah sama ada seseorang itu usahawan, peniaga ataupun makan gaji. Apa-apa hal yang berlaku, janganlah nak disalahkan tauke Melayu bulat-bulat. Pekerja Melayu pun ada juga yang buat hal. Bila kerja dengan tauke Melayu, kerja main-main, tapi bila kerja dengan tauke Cina, tahu pula jaga kualiti kerja.
Saya tidak pernah lagi jumpa orang Cina bercerita ataupun menyebarkan keburukkan dan kelemahan bangsa mereka sendiri kepada bangsa lain. Saya sendiri pernah jadi kuli, dan ketika ini telah menjadi tauke. Maka, saya sedikit sebanyak sudah memahami masalah akar umbi sebenar. Saya juga walaupun ada masanya kecewa dengan bangsa sendiri, tetapi tidaklah sampai menyebarkannya pada bangsa lain, sebaliknya saya cuba mencari alternatif untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan terlangsungnya untuk bangsa Melayu agar lebih berkualiti di masa hadapan...
Kualiti perkhidmatan Saime Sulam Enterprise
Minggu lepas, pada hari jumaat, saya pergi ke kedai Saime Sulam Enterprise, yang beralamat di G-06, Plaza Usahawan (MARA), Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka, untuk menyulam nama syarikat saya pada pakaian rasmi untuk perniagaan.
Seperti yang telah dijanjikan, pada hari ini saya datang ke kedai tersebut untuk mengambil baju. Tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan. Kedudukan huruf-huruf yang disulam tidak sekata, nampak ketara sengetnya. Saya meminta syarikat tersebut menyulam nama syarikat saya dengan kesemuanya menggunakan huruf besar. Tetapi tidak semua huruf besar itu sama saiznya.
Saya pergi ke kedai yang diuruskan oleh Suhaimin Bin Jaafar itu atas cadangan Barkay Sports Centre. Saya mencuba dengan sehelai baju terlebih dahulu, untuk melihat kualiti kerja yang dibuat, tetapi mengecewakan. Saya sudah berikan maklumat yang diperlukan untuk beliau menyudahkan sulaman nama tersebut. Jika tidak memahami maklumat tersebut, boleh hubungi saya, tetapi beliau langsung tidak ada menghubungi saya untuk membuat sebarang pertanyaan mahupun pemastian.
Jika kerja menyulam nama pada sehelai baju tidak dapat dibuat dengan sungguh-sungguh dan "cantik", bagaimana pula dengan jumlah baju yang lebih banyak?. Agaknya lagilah kelam-kabut... Dengan kualiti kerja yang seperti ini, ia boleh menjejaskan nama sesebuah syarikat.
Saya dah takut nak berurusan dengan kedai tersebut. Masuk saja dalam kedai tu, saya tidak disambut dengan senyuman, sebaliknya dengan muka masam, terutamanya pekerjanya yang boleh dikategorikan sebagai "masam pahit". Bibir mereka itu seperti sudah kerosakan urat saraf, sampai tidak boleh bersenyum lagi...( agaknyalah...). Jika kualiti sulaman itu tidak berapa cantik, tetapi saya dilayan dengan muka yang senyum, nada suara yang berpatutan dan kelihatan kesungguhan berurus niaga di wajah mereka, nescaya saya akan sedikit "sejuk hati"...
Kualiti kerja Saime Sulam Enterprise tidak sepadan dengan penerangan yang ada pada kad bisnesnya iaitu "pakar sulaman berkomputer..."