Akhlak pewaris negara yang semakin lesu


Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu dimensi sosial yang kelam dan kekeliruan haluan diri akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat yang hampir tidak terkawal di negara ini.

Banyak pihak memperkatakan mengenai permasalahan sosial yang bermula dari golongan remaja hinggalah kepada dewasa. Antara masalah sosial yang dikenalpasti berlaku dengan meluas pada hari ini ialah seperti seks bebas yang bermula daripada pergaulan bebas, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum arak, lepak, lumba haram.

Malah terdapat juga penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri,merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap membimbangkan. Ditambah lagi dengan tiada usaha yang jelas untuk melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya di dalam pentadbiran negara bagi menggantikan undang-undang warisan penjajah.

Beberapa faktor terjadinya perkara sebegini adalah seperti berikut :

  • Bercampur perkara halal dan haram sebelum dan semasa perkahwinan (kurang atau tiada keberkatan). 
  • Ibu bapa tidak membaca doa tertentu yang mengakibatkan syaitan menumpang kenikmatan dan masuk ke dalam benih ketika ibu bapa berjimak. 
  • Ibu bapa menyediakan makan minum untuk keluarga dengan sumber pendapatan yang meragukan dan duit halal bercampur dengan haram contohnya duit dari rasuah dan mengambil hak orang lain. 
  • Pendidikan agama dan akhlak Islam tidak diterapkan dalam keluarga.
  • Persekitaran yang kurang sihat semasa anak-anak membesar seperti contoh yang tidak baik dari ibu bapa serta persekitaran tempat tinggal yang rendah moralnya.
  • Remaja yang hanya berfikir tentang keseronokkan dan tidak membuat sesuatu yang menguntungkan amsa depan mereka sendiri.

Kesimpulan :

-Sesi penerangan mengenai undang-undang syariah atau lebih dikenali dengan nama "hudud" perlu diperluas dan dipertingkatkan bagi memberi lebih kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

-Jangan menakut-nakutkan sebilangan masyarakat dengan perkara yang tidak benar mengenai perlaksanaan hukum syariah sepenuhnya di Malaysia. Jadikan "negara Madinah" sebagai contoh terbaik perlaksanaan syariah dalam negara Islam yang berbilang bangsa dan agama.

-Gangguan (masalah) akhlak atau moral bukan sahaja akan menjahanamkan penganut Islam dan bangsa Melayu malah ia turut akan meruntuhkan tamadun negara serta merosakkan bangsa lain, khususnya di Malaysia.




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan