Kita perlukan penyampaian khutbah yang BERTENAGA!


Khutbah sering dikaitan dengan solat Jumaat namun ada beberapa lagi khutbah yang lain seperti khutbah nikah, khutbah ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha.

Definisi dari segi bahasa

" Khutbah " , secara bahasa , adalah ' perkataan yang disampaikan di atas mimbar ' . Adapun kata " khitbah " yang seakar dengan kata " khutbah " ( dalam bahasa Arab ) bererti ' melamar wanita untuk dinikahi ' . " Khutbah " berasal dari bahasa Arab yang merupakan kata bentukan dari kata " mukhathabah " yang bererti ' perbincangan ' . Ada pula yang mengatakannya berasal dari kata " al - khatbu " yang bererti ' perkara besar yang diperbincangkan ' , kerana orang - orang Arab tidak berkhotbah kecuali pada perkara besar .

Definisi dari segi istilah

Sebahagian ulama mendefinisikan " khutbah " sebagai ' perkataan tersusun yang mengandungi nasihat dan maklumat ' . Akan tetapi , definisi ini terlalu umum . Adapun definisi yang lebih jelas ialah definisi yang diberikan oleh Dr . Ahmad Al - Hufi iaitu , ' Cabang ilmu atau seni bercakap di hadapan banyak orang dengan tujuan meyakinkan dan mempengaruhi mereka ' . Dengan demikian , khutbah harus disampaikan secara lisan di hadapan banyak orang dan harus meyakinkan dengan hujah - hujah yang kuat serta memberikan pengaruh kepada pendengar , baik itu berupa motivasi atau peringatan .

Khutbah Jumaat pada masa kini sama ada khutbah Jumaat atau solat sunat hari raya, ia dilihat hambar, lesu dan mendodoikan para jemaah. Terutamanya pada khutbah solat Jumaat, boleh dilihat betapa ramainya jemaah yang telah hilang kepalanya seolah-olah termasuk ke dalam tengkuk seperti kura-kura yang berkemampuan untuk memasukan kepalanya ke dalam cengkerangnya.

Khutbah pada masa kini telah diseragamkan denga teks khutbah yang sama di dalam daerah atau negeri tertentu. Ia dibuat atas alasan menjaga isi kandungan khutbah dari diselewengkan imam dengan menyampaikan perkara yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Lantaran itu ia kedengaran sangat statik dan tidak dinamik. Ini membuatkan jemaah cepat mengantuk. Isi kandungan khutbah seperlunya berdasarkan permasalah atau perihal penduduk setempat di kawasan kariah masjid itu. Ini lebih afdal kerana secara tak langsungnya imam dapat menegur dan menyampaikan penyelesaian masalah masyarakat setempat mengikut syariah.

Di bawah ini merupakan salah satu contoh khutbah yang bertenaga dan menyegarkan mata orang yang mengantuk.  Juga membuatkan apa yang ditegur cepat sampai dan masuk ke dalam qalbu jemaah  :




*Komen:

- sila fahamkan isi kandungan yang tersirat disebalik teguran keras imam yang berkhutbah itu

- khutbah yang bertenaga bukan bermakna imam kena terjerit-jerit tetapi imam kena bijak memainkan intonasi suara serta pandai "memainkan emosi" jemaah agar lebih menjiwai apa yang disampaikannya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan