Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek"


Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..?

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam)
  • Air 1 cawan
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit dihiris
  • 1 batang serai - dititik sahaja
  • Daging ayam yang siap dibasuh dan ditoskan
  • 1 kotak santan sekurangnya  800ml atau santan perah dari 1 biji kelapa
  • 15-20 biji cili api - ditumbuk lumat (jumlah cili ikut kesesuaian kepedasan yang anda minat)
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk juga bersama cili api
  • 1 keping asam gelugor (pilihan tambahan)

Cara Penyediaan :

1.Panaskan kuali dengan api yang paling kecil. Masukkan ayam dalam kuali panas (tak perlu minyak). Tujuannya ialah agar air yang terkandung pada ayam tu keluar bagi mengelakkan kuah lemak terasa hanyir. 

2.Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sebentar. Kemudian angkat daging ayam bersama cili dan serai, kemudian ketepikan sementara waktu.

3. Panaskan santan sahaja dalam periuk dengan api kecil hingga santan menggelegak.

4. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul bersama cili padi, kunyit dan serai tadi ke dalam santan dengan api yang kecil. Masukkan air ikut keperluan. Teruskan mengacau agar santan tidak pecah minyak. 

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Sebagai pilihan, masukkan asam keping untuk mendapatkan rasa masam-masam. 

7. Jika dilihat ayam sudah empuk, tutup api. Masakkan sudah boleh dihidang.

**Komen :

-Hasil akan berbeza mengikut kualiti bahan mentah yang disediakan juga faktor "air tangan" asming-masing.

-Paling penting masak dengan dimulakan doa pada setiap peringkat dan dengan perasaan ikhlas. Inilah faktor yang paling ampuh untuk penghasilan makanan yang sedap sehingga menjilat pinggan.

-Kalau ada bakat, boleh saja ubahsuai ikut "rasa" masing-masing

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan