Jana income online mesti bermodal?


Seperti yang pernah saya konsikan dalam ceramah keusahawanan apabila dijemput oleh Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam forum anjuran mereka, saya katakan jangan terlalu letakkan "modal duit" sebagai halangan untuk berniaga atau menjana pendapatan. Modal adalah subjektif, bukan hanya sekadar bersandarkan pada nilai matawang sahaja.

Contoh modal yang selain dari kewangan ialah :

1.Modal - Kesabaran
2.Modal - Mempunyai Ramai Kenalan
3.Modal - Petah bercakap atau bertutur
4.Modal - Kreatif (fikiran)
5.Modal - Paras rupa/wajah yang cantik, bersih, lawa, kacak
6.Modal - Keberanian

Itu cuma sebahagian jenis-jenis modal yang saya kongsikan dalam forum berkenaan. Jika dikaitkan pula dengan menjana pendapatan melalui "online", ia berkaitan dengan modal masa, modal internet (walaupun guna internet percuma), modal komputer (walaupun komputer pinjam) dan modal ilmu (yang diperolehi dari pembacaan atau belajar secara terus dari sumber).

Dan antara modal-modal yang saya nyatakan itu, ada yang saling berkaitan dan menentukan jenis perniagaan atau cara yang bakal kita jalankan untuk mencipta pendapatan sampingan. Kemudahan awam yang disediakan kerajaan tempatan juga memainkan peranan dalam erti kata "menjana pendapatan online".

Contohnya di bangunan UTC Melaka, pihak K-Ekonomi negeri Melaka menyediakan pusat ICT dengan kemudahan komputer dan internet yang boleh digunakan oleh orang awam secara percuma.

Sesetengah jenis bisnes sama ada yang dimulai dengan menjual secara tradisional hinggalah diintergrasikan ke dalam pemasaran secara online, cuma memerlukan fikiran yang kreatif, ketekunan modal duit yang sangat minima. Contohnya bahan terbuang seperti surat khabar yang diubah menjadi gulungan lalu dijadikan pula anyaman bakul atau bekas. Kemudian produk kraftangan ini diiklankan pula ke dalam internet mengikut pasaran tertentu. Inipun dipanggil "income online".

Kesimpulan bagi perkara "menjana income online" perlu dimulai dengan ilmu pengetahuan sebagai asas kepada semua model-model perniagaan. Dari situlah munculnya fikiran kreatif yang akan memilih cara terbaik untuk bisnes beroperasi dengan modal kewangan yang minima mengikut kemampuan individu yang terlibat.



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan