Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab. Promosi percuma yang beliau dan rakan-rakannya perolehi sangat jarang didapati oleh "usahawan" lain yang kebiasaannya memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membayar kos pengiklanan dan promosi imej sama ada di dalam dan di luar negara.
Beliau dikira sangat bertuah dengan publisiti yang diberikan. Dan semenjak kes beliau yang dikatakan melakukan sesuatu yang sesat dari ajaran Islam yang sebenar (walaupun ada pihak yang menyokongnya), melahirkan ramai juru edit bahan digital yang kreatif. Pelbagai bahan-bahan terbitan digital dilihat banyak disebarkan ke segenap ruang internet di Malaysia, malah mungkin sudah menerjah jaringan antarabangsa.
Dalam artikel ini saya memaparkan beberapa koleksi gambar tok bomoh yang telah diedit oleh mereka yang sangat kreatif (kreatiflah sangat.....).
**gambar akan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya ada gambar baru**
*KOMEN :
- Tidak bertanya tersesat jalan... Jika terjadinya hal mengelirukan seperti ini, duduk sepakat bincang dan huraikan dari pelbagai sudut, apa yang salah dan mana yang betul.
-Dalam tiap perkara, agama adalah perkara asas yang nombor satu wajib dipertimbangkan dari segi perlaksanaan dan perlakuan. Dalam konteks isu ini adalah Islam.
-Dikuatiri "tindakan berani" beliau ditaja atau didalangi oleh pihak "pembesar" tertentu bagi mengalihkan dan menyibukkan perhatian rakyat jauh dari sesuatu perkara yang lain a.k.a berlakon je ni...
-Mulianya seseorang harus dinilai pada keimanan, kesabaran dan keteguhannya dalam mempertahankan kebenaran, berani buat teguran disaat yang lain kelu dan memperterangkan yang haq serta membersihkan yang bathil...