KEBIASAANNYA, roti burger berwarna putih dan
dihidangkan bersama daging burger, sos, mayonis, salad, tomato serta
lain-lain sehingga membangkitkan aroma menyelerakan dan menarik sesiapa
sahaja untuk menikmatinya.
Namun kebelakangan ini, penyediaan burger dengan pelbagai pilihan warna pada roti dan sosnya memikat hati penggemar burger sehingga mencetus fenomena.
Rasanya bukan sahaja enak berbanding burger biasa, namun cara ia dipersembahkan juga menjadi antara faktor tarikan.
Kakitangan swasta, Hartini Abdullah berkata, pada awalnya, dia agak bimbang untuk mencuba burger yang berwarna kerana faktor warna dan kelainan rasanya berbanding burger biasa dimakannya.
"Kali pertama saya mencubanya, tiga tahun lalu selepas melihat pengenalan burger itu yang tersebar meluas di laman sosial Facebook.
"Ketika itu, saya memesan burger yang mempunyai roti berwarna hitam, yang dikatakan mempunyai perisa arang. Selepas mencubanya, Alhamdulillah ternyata rasanya sedap," katanya.
Warna menyelerakan
Bagi kakitangan awam, Noradibah Ahmad, ketika pengenalan burger berwarna di Malaysia oleh restoran-restoran berjenama, dia tidak berani hendak mencuba kerana harganya yang mahal.
"Namun, selepas melihat ada kedai Melayu iaitu Burger Warisan menjual burger ini dengan harga berpatutan, barulah saya berani membeli kerana harganya di bawah RM10.
"Burger pertama saya cuba adalah warna merah dan hitam. Saya suka burger ini kerana warnanya menarik dan daging burgernya sedap serta 'juicy' kerana ia dibakar," katanya.
Bermula dari situ, setiap minggu, Noradibah pasti singgah ke kedai itu untuk makan burger warna-warni kegemarannya selepas tamat bekerja.
"Selain makan sendiri, saya juga pernah memesan burger warna-warni dua tingkat sempena hari jadi suami," katanya.

Hidangan istimewa
Juruteknik, Muhd Rais Abdul Rahman menyifatkan burger warna-warni sesuai dijadikan hidangan istimewa sempena sambutan hari jadi, perkahwinan atau majlis-majlis tertentu.
"Ini kerana, tarikan pelbagai warna pada burger itu membuatkannya begitu cantik, ceria dan unik.
"Jika sebelum ini, orang selalu beli kek atau menyediakan pulut kuning untuk hidangan pada hari istimewa, namun, burger warna-warni kini boleh menjadi alternatif," katanya.
Jualan meningkat
Sementara itu, pemilik Burger Warisan, Amiruddin Abdullah berkata, jualan burger warna-warni di kedainya di Sijangkang, Kuala Langat begitu memberangsangkan selepas dia memperkenalkannya pada 2012.
"Setiap hari, kira-kira 150 biji burger warna-warni terjual dan sebulan pula lebih kurang 4,000 biji. Jumlah itu akan semakin meningkat apabila musim cuti sekolah kerana tempahan pelanggan tinggi.
"Selain jual di kedai, saya juga turut menerima tempahan pelanggan untuk majlis-majlis tertentu seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya, mengikut tempahan pelanggan," katanya.
Amiruddin menjual burger warna-warni bagi menarik pelanggan membeli di kedai burgernya apabila perniagaannya merosot selepas setahun membuka kedai sendiri.
"Saya mula jual burger biasa seperti ayam dan daging dengan membuka gerai di Sijangkang pada 2009. Disebabkan sambutan baik, saya mula membuka kedai sendiri di tapak yang sama.
"Kemudian saya jual burger bakar, selain burger biasa. Namun, perniagaan saya agak merudum tidak lama kemudian menyebabkan saya terpaksa cari alternatif lain," katanya.
Melihat trend burger warna-warni yang kebanyakannya dijual di restoran francais ketika itu, akhirnya Amiruddin mula menjual burger warna-warni dengan menempah roti berwarna daripada pengusaha bakeri tempatan.
"Saya minta mereka buat roti burger warna hitam (arang), merah (tomato), kuning (kuning telur) dan hijau (pandan). Saya memilih warna-warna makanan agar pelanggan tidak takut mencubanya.
"Untuk bahan burger seperti mayonis, saya ambil daripada pembekal tempatan, namun kami mengolahnya semula ikut resipi sendiri dan menjadikan ia berwarna-warni seperti warna roti burger.
"Sementara itu, daging burger mempunyai berat 100 hingga 150 gram terdiri daripada ayam, daging, arnab, rusa dan kambing yang semuanya dibakar," katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal menjual burger warna-warni, Amiruddin terpaksa menerangkan mengenai penyediaan dan bahan digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut kepada pelanggan.
"Selepas dua hingga tiga bulan, pelanggan sudah tidak bertanya lagi dan mereka mula menerima burger warna-warni ini sehinggalah saya membuka cawangan kedua Burger Warisan di kawasan berhampiran cawangan pertama," katanya.

Sumber :
Nurul Fatiha Muah (Sinar Harian Online)