Superbest Power Penaja Utama Piala FA 2016 hingga 2018


Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd, pengeluar terkemuka kopi tenaga tempatan dan Football Malaysia Limited Liability Partnership mengumumkan penajaan kejohanan Piala FA susulan majlis undian yang membuka tirai edisi 2016 kejohanan itu.

Perjanjian selama tiga tahun ini bermula dari 2016 hingga 2018 yang akan menyaksikan kejohanan itu dijenamakan semula sebagai ‘Superbest Power Piala FA, termasuk pelancaran logo baru Piala FA yang akan membolehkan Superbest Power untuk memperkembangkan sayap dan mempromosikan bola sepak Malaysia menerusi pengaruhnya di seluruh negara dan juga aktiviti pemasaran sepanjang perlawanan Piala FA.

Perjanjian komprehensif antara Football Malaysia LLP dan Superbest Power dicetuskan oleh MP & Silva, agensi yang menguruskan hak media sukan antarabangsa terkemuka yang dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia sebagai penasihat global bagi semua hak media dan komersil pertandingan-pertandingan Football Malaysia LLP.

Butiran mengenai perjanjian penajaan itu diumumkan selepas Taklimat Pasukan Liga Super dan Liga Premier 2016 yang berlangsung selama dua hari yang dianjurkan Football Malaysia LLP yang baru ditubuhkan merangkumi kelab dan pasukan Liga Malaysia. Tujuan penubuhan Football Malaysia LLP bertujuan untuk membawa bolasepak Malaysia ke peringkat lebih tinggi dengan fungsi utamanya adalah untuk menguruskan Liga Super Malaysia, Liga Premier, Superbest Power Piala FA, TM Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Ketua Pegawai Operasi Superbest Power Health Food and Beverages Sdn Bhd, En Kamal Mohd Nor berkata: “Kami sudah melihat semangat peminat bola sepak tempatan dan kami mahu membawanya ke peringkat lebih tinggi. Kami tahu bola sepak Malaysia memiliki potensi untuk berkembang pada peringkat lebih tinggi dan kami melihat Piala FA sebagai peluang terbaik untuk membawa bola sepak tempatan ke tahap seterusnya dan jenama Superbest Power mampu memainkan peranan besar dalam inisiatif tersebut.

“Superbest Power Energy Coffee sudah berkembang sebagai jenama tempatan terkemuka sepanjang beberapa tahun ini dan sebagai jenama kopi tempatan pertama untuk menaja bola sepak Malaysia, kami percaya ia mampu memperkuatkan jenama kami sebagai minuman tenaga semula jadi,” kata En Kamal, sambil menambah bahawa Superbest Power bukan sekadar minuman biasa tetapi juga minuman kesihatan menyeluruh.”

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, En Kevin Ramalingam berkata: “Kami teruja untuk melihat satu jenama tempatan terkemuka menyokong bola sepak tempatan dan kami melihat pelbagai faedah yang mampu dinikmati kedua-dua pihak daripada aspek komersial termasuk bola sepak. Kami tidak sabar untuk melihat Superbest menghidupkan jenamanya pada Piala FA tahun ini seterusnya merancakkan bola sepak tempatan.”

Pengarah Urusan MP & Silva Asia Pasifik, Beatrice Lee, berkata: “Kami gembira dengan kehadiran Superbest Power sebagai penaja utama Piala FA. Kami percaya ia adalah perjanjian yang saling menguntungkan antara Superbest Power dan FMLLP. Lebih penting, penajaan ini akan memberikan peluang baru untuk meningkatkan tahap bola sepak Malaysia dan juga menghubungkan penggiat bola sepak tempatan dengan penaja korporat yang menyokong sepenuhnya bola sepak tempatan akan memberikan suntikan kepada industri bola sepak tempatan.”

Musim Liga Malaysia 2016 bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 13 Februari antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara TM Piala Malaysia, Selangor di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos di Larkin, Johor. Ia akan disusuli dengan perlawanan Liga Super dan Liga Premier (Perdana).


Sumber : http://footballmalaysia.com

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan