Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.
Beriku adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.
2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal
sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara
penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan
sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun
bateri boleh "kong".
Free maintenance battery lain pulak
ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa.
Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak
barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH,
CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik.
bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda
kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak
silap aku pakai NS40 atau NS40L..
5. Timing
belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai
90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut
jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus
tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.
6. Clutch plat -
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya
tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan
kita.
7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..
8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km.
Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu
tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.
9. ATF - Automatic
Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam
manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga
30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting
ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km)
kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau
kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg
disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai
7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF,
hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox.
Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau!
60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear
aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat
panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/
Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing
belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt
Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar
atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah
ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru
nak ditukar belt-belt ini.
14.Adalah diingatkan
maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan
seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan
penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai
"preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu
belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu
mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa
akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive
Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit
sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu
ditukar.
15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock
absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu
mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di
atas.
16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak
semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk
15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai
spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol,
Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah
minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak
hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan
refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
17. Minyak gear manual ditukar setiap
40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta
atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta
lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap
20,000km. Sama mcm di atas.
18. Flush? kalau dlm buku takde
kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar
tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat
guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi
pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah
sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect
timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar
timing belt atau apabila nampak rekahan.
19. Water pump - ditukar
apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar
timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk
kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya
pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau
buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau
selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena
check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan
kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak
adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan
servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila
minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat
dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie
top-overhaul.
20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada
kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5
tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus
atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali.
Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari
brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga
dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu
pengeluar ke pengeluar yg lain.
21. Pada asalnya, enjin
pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut
ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana
sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan
proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan
fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih
awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti
rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo
mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua
enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun
1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu
timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada
bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan
enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka
moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan
penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah
menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk
Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain
bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi
untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing
chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun
sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar.
Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar
tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.