Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Muat turun aplikasi berasaskan Android tanpa melalui telefon pintar


Bagi pengguna telefon pintar berasaskan android, pelbagai aplikasi dalam format "apk" dicipta oleh pelbagai pengeluar. Antara aplikasi yang popular ialah Whatsapp dan Facebook.

Tetapi adakalanya pengguna tidak dapat memuat turun dari sumber yang sah dan selamat seperti Playstore kerana memori dalaman telefon tidak cukup bagi menampung saiz fail yang ingin dimuat-turun.

Oleh itu sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggunakan laman web tertentu untuk memuat-turun aplikasi yang dikehendaki menggunakan komputer dan meletakkannya ke dalam kad memori. Adalah disarankan anda membuang (uninstall) aplikasi sedia ada sebelum "install" salinan aplikasi yang baru dimuat-turun.

Caranya anda perlu buka laman web Playstore dan pilih aplikasi yang diperlukan (pastikan versi terkini). Kemudian salin (copy) keseluruhan alamat laman web yang tertera di pelayar web anda dan buka laman web apkpure.com dan tampal (paste) alamat laman web tadi ke dalam ruangan yang disediakan dan klik ikon kanta untuk memulakan pencarian aplikasi berkenaan.

Kemudian sekiranya tiada masalah, akan dipaparkan halaman untuk "download" aplikasi berkenaan ke komputer anda. Klik butang "Download APK".

Setelah selesai proses muat-turun, sambungkan telefon pintar anda ke komputer melalui kabel USB, aktifkan sambungan dan lakukan proses "copy & paste" aplikasi yang dimuat-turun tadi ke dalam memori kad telefon pintar anda. Selepas itu tamatkan sambungan dan mulakan proses pemasangan melalui telefon pintar anda. Tunggu sehingga proses selesai.

Dengan cara ini juga, anda boleh menjimatkan jumlah data yang dilanggan kerana proses muat-turun tidak dilakukan terus melalui telefon pintar anda.



Klik pautan di bawah ini untuk melawat laman web yang telah diberitahu seperti di atas :

apkpure.com

Maaf, sesuatu tidak kena-Facebook menghadapi gangguan


Mungkin anda tidak dapat menggunakan Facebook dalam beberapa puluh atau belas minit tadi (semasa artikel ini diterbitkan), menghadapi kesilapan ketika melayari laman web Facebook. Mungkin sesetengah pengguna internet mengalaminya lebih awal dari waktu yang saya nyatakan.

Saya ingin memberitahu anda bahawa ini bukanlah satu masalah bekalan internet, masalah peranti komputer atau anda seorang sahaja yang mengalaminya. Sememangnya Facebook menghadapi "downtime" pada mana-mana kawasan. Terlangsungnya Twitter telah dibanjiri dengan "tweet" yang berkaitan dengan gangguan perkhidmatan Facebook dan ia mencipta fenomena segera pada pengguna Facebook seluruh dunia.

Mesej di "News Feed" menunjukkan :
"something went wrong. We’re working on getting this fixed as soon as we can.”
Namun lebih kurang dalam masa 10 minit, saya dapati laman web Facebook kembali berfungsi seperti biasa.

Kemungkinan masalah yang melanda Facebook ada kaitan dengan serangan "cyber" dari beberapa team heckers yang menyerang beberapa laman web berkaitan Yahudi akibat dari peperangan yang dicetus Israel terhadap Palestine.

Panduan Keselamatan Siber Untuk Orang Awam


Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhannya membabitkan penggunaan ICT dan Internet.
 
Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian. Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber.
 
Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber. Penjenayah siber sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru bagi memerangkap mangsanya. 
 
Antara jenayah siber yang kian meningkat ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, pengintipan, penggodaman dan penyebaran virus dan cecacing komputer. Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi orang awam untuk mengambil kisah akan keperluan keselamatan siber bagi membendung gejala jenayah "kolar putih" ini.  Berikut adalah panduan yang boleh dipraktikkan oleh orang awam dalam menangani isu masalah keselamatan siber :


Panduan Keselamatan Siber

1. Antivirus
Gunakan perisian antivirus sebagai pelindung utama komputer anda dan pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini

2. Emel
Jangan buka emel atau lampiran daripada sumber yang tidak diketahui. Sentiasa merasa curiga terhadap apa-apa lampiran emel yang tidak dijangka walaupun anda menerimanya daripada orang yang anda tahu

3. Katalaluan
Gunakan kombinasi katalaluan yang sukar untuk diceroboh seperti gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Seeloknya tukar kata laluan setiap enam bulan.

4. Internet
Putuskan sambungan Internet sekiranya tidak digunakan.

5. Akses Komputer
Jangan berkongsi akses komputer anda dengan orang yang tidak dikenali. Pelajari risiko perkongsian fail. Elakkan menulis maklumat akses di tempat yang mudah dilihat.

6. Membuat Sandaran (Backup)
Sentiasa melakukan backup pada komputer anda dan simpan di tempat lain (External Hard Disk, DVD, USB Flash Drive).

7. Perlindungan Titik Akhir (End Point Protection)
Gunakan aplikasi Firewall untuk melindungi komputer anda daripada penceroboh Internet.

8.Penampalan / Kemas Kini (Patching / Update)
Kerap memuat turun kemaskini perisian keselamatan dan "patch" untuk sistem operasi dan perisian berkaitan.

Pengalaman menggunakan Android Q88 Tablet PC

Pada ketika ini ledakan gajet untuk capaian internet semakin besar.  Para pencinta internet boleh melayarinya dengan pelbagai jenis peralatan seperti tab, iphone, telefon pintar dan juga tablet pc.

Kini para penggemar gajet elektronik boleh memiliki peralatan berkenaan dengan harga di bawah RM 200.00 dan Android Q88 Tablet Pc merupakan salah satu gajet yang telah masuk ke pasaran di Malaysia dan berada dalam kategori mampu milik.

Penerangan mengenai Android

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dimiliki oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). 

Kemudian untuk mengembangkan sistem Android, maka terbentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia. Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta merekacipta aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Berbalik kepada Android Q88 Tablet PC, saya telah membelinya pada 6 September 2013 di Melaka pada harga RM180.00 termasuk kad memori berjumlah 4 gb (harga tanpa kad memori ialah RM169.00) dan berwarna merah. Penjual di kedai yang saya singgah itu berkata versi tablet pc ini adalah keluaran dari kilang di Taiwan.

Android Q88 Tablet PC yang saya beli mempunyai spesifikasi seperti berikut : 

  • Memori dalaman berjumlah 2 gb
  • Berskrin 7 inci 800 x 480
  • RAM 512mb
  • CPU : A13 ALLWINNER 1Ghz 
  • Memori tambahan : Micro SD Card /  T-FLASH (Support 32G Max)
  • Built in WIFI/Dual Camera
  • Built in stereo speakers
  • Built in Microphone
  • Capaian wi-fi 802.11 b/g/n
  • Boleh memainkan video pelbagai format seperti AVI, MP4, FLV, 3GP, MKV,WMV
  • Boleh memainkan audio pelbagai format seperti MP3,WMA, OGG, AAC, WAV, FLAC
  • Berkemampuan untuk memaparkan gambar berformat JPG/BMP/PNG/GIF
  • Berkemampuan membuka e-book berformat pdf, txt dan pelbagai yang lain.
  • Mempunyai port Micro USB, DC Jack, TF Card Slot & Earphone Jack.
  • Sistem pengoperasian Android 4.0.4 (boleh dikemaskini terus menggunakan internet)
Android Q88 Tablet PC ini didatangkan bersama dengan Charger, User's Manual dan dua jenis kabel usb (Micro USB Cable) bagi kemudahan penyalinan data atau dokumen sama ada dari tablet pc ke komputer/laptop atau sebaliknya.. Anda juga akan memperolehi tablet case (beg sarung) secara percuma dan terdapat dalam pelbagai warna.

Sepanjang penggunaan saya pada gajet ini, ia mempunyai beberapa kekurangan atau kelemahan seperti bateri yang cepat habis kuasanya dan tiada sambungan bluetooth.  Namun, untuk menjimatkan kuasa bateri, anda boleh menutup penggunaan fungsi wi-fi apabila tidak menggunakannya, mengurangkan tahap kecerahan skrin, mengurangkan kekuatan bunyi dan hanya memasang perisian yang benar-benar anda perlu dan kerap guna sahaja.


**Kemaskini : Saya telah memasang perisian Kingsoft Office (mencipta dan mengedit dokumen) dan PicsArt (mengedit gambar-perlukan sambungan internet). Ini menjadikan tablet pc saya ini lebih bermakna dan memenuhi keperluan perniagaan saya ketika berada di luar pejabat.

Membuat ayat yang terbalik tulisannya


Adalah sangat menarik jika perkataan atau ayat yang kita taip kelihatan lain dari kebiasaannya. Mungkin ia boleh dijadikan bahan gurauan di facebook, twitter atau di laman blog atau web.

Di bawah ini,saya sediakan satu aplikasi ringkas bagi membolehkan anda membuat ayat-ayat yang mungkin akan melambatkan masa bagi rakan-rakan anda untuk membacanya secara normal. Setelah dapat menghasilkan tulisan terbalik, anda boleh "copy" dan "paste" di facebook, twitter, blog mahupun di Microsoft Word.  Sila taip perkataan atau ayat anda di ruangan "Tulisan Asal"...



Membuat Ayat Dengan Tulisan Terbalik




Ayat Dengan Tulisan Terbalik

Tulisan Asal:




Tulisan Terbalik:


Disiarkan semula oleh Gedung Buku E-book

Iklan kreatif Microsoft untuk Windows 8


Windows 8 merupakan sistem pengoperasian (pengendalian) keluaran Microsoft yang dilancarkan ke dalam pasaran dalam tahun 2012 bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba dan tablet  Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.

Walaupun Microsoft adalah satu nama yang besar dalam industri komputer, namun mereka masih lagi cuba untuk membuat promosi yang kreatif dan menarik, seperti video promosi di bawah ini :


Mengesan virus pada external device (peranti luaran)


Assalamualaikum.....

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dengan virus yang berkemungkinan ada pada peranti luaran seperti pendrive dan external harddisk....

Terdapat satu virus yang agak merbahaya yang semakin berleluasa dan kerap melanda pengguna komputer yang selalunya terdiri dari pelajar institut pengajian tinggi. Untuk mengesan virus ini adalah dengan melihat pada bar di browser samada Internet Explore atau Mozilla Firefox terdapat perkataan "Restricted By Bro Act". Sekiranya ada, ini menandakan yang pc atau laptop anda mempunyai virus dan ianya akan menyebabkan komputer anda semakin perlahan dan lemah. 

Setakat ini tiada antivirus yang benar-benar berkesan dalam membersihkan semua virus ini melainkan dengan cara manual iaitu memadamkan file "autorun.exe", yang anda boleh lihat dengan memaparkan hidden files.
Virus ini berpunca daripada external devices seperti pendrive, external harddisk dan cd/dvd. Untuk mengesan yang external device yang berkemungkinan mengandungi virus tersebut, anda boleh lakukan perkara ini :
  1. Palamkan pendrive pada USB port.
  2. Jika keluar autorun window, hanya tekan cancel.
  3. Klik pada my computer dan klik butang kanan tetikus pada ikon pendrive.
  4. Jika ada perkataan AUTORUN pada atas sekali dalam senarai menu, maka sahlah pendrive berkenaan berkemungkinan tinggi bermasalah.
  5. Lakukan pada alatan lain seperti external hard disk atau cd. 
Sekiranya perisian anti virus anda tidak dapat membuang "virus autorun", cuba gunakan perisian anti virus jenama lain di komputer yang lain.
Langkah-langkah untuk memastikan file anda selamat sebelum mengambil tindakan penyelesaian yang lain ialah dengan buat backup semua file yang ada di dalam harddisk anda. Scan virus pada komputer anda dan kemaskini perisian antivirus sekerap yang mungkin.

Segmen Satu Gambar Bercerita : Komputer

 
 Baboon pun dah tahu guna komputer.

Assalamualaikum...
Komputer dalam era tahun 1980 hingga penghujung 1999 adalah satu alat yang boleh dianggap mewah.  Harganya yang "mahal", menjadikannya satu penanda aras tahap kewangan seseorang kerana tidak semua orang yang mempunyai kemampuan dan kemahiran menggunakan komputer. Dalam tahun berkenaan, harga komputer terpakaipun masih lagi dianggap mahal.

Kini, apabila Malaysia mula memberi tumpuan pada bidang pengkomputeran serta menjadikannya salah satu bidang keberhasilan negara, rakyat semakin mudah mendapatkan akses komputer dan internet bermula dengan usaha penubuhan MSC, hingga kini dilihat semakin melonjakkan pengetahuan masyarakat pada penggunaan komputer. 

Seperti juga harga pada "hand phone", harga komputer semakin murah dalam masa yang sama spesifikasinya juga agak memuaskan.  Malah, komputer terpakai dan mempunyai spesifikasi yang baik boleh didapati dengan mudah dan pelbagai pilihan.  Cuma kita harus mengenalpasti barangan komputer dan cara-cara penggunaannya sebelum membuat keputusan untuk membeli set komputer, agar tidak mudah berlakunya penipuan dari penjualnya.

Jika kini, ada yang tidak tahu menggunakan komputer adalah dianggap sesuatu yang pelik, kerugian dan ketinggalan dalam arus kemodenan.

Kucing yang sedang asyik menggunakan laptop dan tetikusnya.

Libre Office gantikan Open Office

Assalamualaikum.

  

Siapakah yang pernah menggunakan perisian sumber terbuka "Open Office"?.  Ianya adalah sebuah perisian yang menyamai perisian Microsoft Office (Word, Power Point, Access dan Excel). Bezanya ia adalah dibangunkan dalam kategori "sumber terbuka" dan ianya boleh didapati secara percuma dengan memuat turun melalui laman web pengeluarnya.
 
Manakala perisian Libre Office adalah projek yang dibangunkan oleh Document Foundation, yang mana sebelum ini mereka adalah pengaturcara perisian yang membangunkan OpenOffice tetapi menarik diri apabila pengambil-alihan Sun Microsystems oleh Oracle.  Antaramuka pengguna bagi Libre Office adalah menyamai keluaran Open Office sebelumnya.

Setelah sesi perbincangan antara pengaturcara dan pihak Oracle, Document Foundation telah ditubuhkan, dan dibawahnya. Bersama-sama dengannya, Ubuntu dan beberapa nama besar yang lain turut mengumumkan sokongan kepada perisian LibreOffice.

Perisian Libre Office versi terkini sedia untuk dimuat-turun bagi pengguna Windows, Mac OS X dan Linux.  Ianya boleh didapati pada laman web Document Foundation secara percuma.

Jualan komputer Pentium 4


Set komputer untuk dijual :-
 

Monitor 17"
Keyboard & Mouse
Meja & Kerusi
CPU :
Windows XP
Pentium 4
RAM512 DDR
Anti Virus Grisoft 2011
Microsoft Office 2007

RM570.00


Perisian tertentu akan dikemaskini setelah saya mendapat pembelinya. Hubungi saya dengan meninggalkan nombor telefon dan alamat e-mel pada blog ini sekiranya ada yang berminat nak beli, terutamanya yang berada di Melaka. Dari tempat lain pun boleh juga kalau rajin nak jalan jauh...

Majalah PC keluaran Januari 2008


Topik tumpuan bulan ini :
~ USB : antaramuka universal
~ USB, komputer bergerak
~ USB 3.0 termaju

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan