Rasulullah SAW
bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu
') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya
Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana
ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari
Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai
manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama ada menjelaskan hikmah wudhu
sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan
rohani.
Hikmah-hikmat yang tersirat di dalam tiap perbuatan wudhu itu ialah :
Mencuci tangan
Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak
berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik
jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih
daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang
disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi
melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad
pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan
sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua
belah tapak tangan.
Berkumur
Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan
gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut
dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100
juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun
kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan
mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga
radang pada kawasan pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B
hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu
dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah.
Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang
pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin
terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus.
Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau
pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan
oral hygiene iaitu kebersihan mulut.
Istinsyaq
Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa
berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat
tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang
menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu.
Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di
bahagian nasopharyng yang tersembunyi.
Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan
virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa
penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita
berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar
oleh udara kotor dan kuman seperti ini.
Membasuh muka
Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan
yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan
mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media
pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat
melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar
untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu
menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.
Membasuh kedua tangan dan kaki
Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan
dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan
kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana
tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu,
tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.
Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu
pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap
penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis
iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu.
Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman.
Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan
penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.