Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah
berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap
penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin
Allah." (Riwayat Muslim).
Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.
Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.
Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.
Bahan :
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba
Cara membuat :

- Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda.
- Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda.
- Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.
- Letakkan kelapa di atas dapur/api.
- Minumlah airnya dalam keadaan suam.
- 1 biji kelapa untuk 2 hari minum.
- Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.