Resepi kuih Vadai


Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Pada artikel kali ini, saya kongsikan salah satu resepi kuih vadai yang diambil dari rakan saya di facebook.

Bahan-bahan :

1 cawan kacang dhal - rendam semalaman atau kurang-kurangnya 2 hingga 3 jam
1/2 labu bawang besar - potong halus
2 biji cili kering - potong halus
1/2 camt jintan manis / kasar (pilihan)
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit tepung gandum (dlm 1/2 cawan)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara pembuatannya :

1) Kisar kacang yang telah direndam dan kembang. Jangan terlalu halus
2) Keluarkan kacang dan tapis / buang airnya.
3) Setelah itu masukkan bawang, cili, jintan, daun kari, gula dan garam ke dalam kacang. Gaul hingga sebati dan cukup rasa.
4) Tabur sedikit tepung untuk memekatkan dan supaya melekat.
5) Ambil adunan, bulat dan leperkan kemudian terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
6) Kawal penggunaan api / minyak dan pastikan kuih benar-benar masak sekata dan tidak hangus. Angkat dan toskan minyaknya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan