Kucing dan anjing seperti yang diketahui umum adalah haiwan yang dahulunya sering bercakaran apabila berjumpa sehinggakan dibuat perumpamaan dalam budaya Melayu iaitu "bagaikan kucing dengan anjing", yang membawa maksud apa bila seseorang bertemu dengan yang lain, mereka akan sering bertengkar. Namun kini kita dapat lihat di mana kucing dan anjing sudah boleh bergaul mesra dan bergurau senda.
Tiap satu haiwan ini mempunyai kelebihan masing-masing terutamanya dari segi kepintaran dan kesetiaan kepada manusia yang melayan baik dan membela mereka dengan kasih sayang. Dan di antara kita pasti sering mendengar kisah Rasulullah S.A.W yang sangat
menyayangi kucingnya yang diberi nama Muezza. Bahkan Rasululloh S.A.W. juga sangat perhatian
dan sayang terhadap semua binatang. Semuanya diperlakukan secara
baik oleh Rasulullah S.A.W.
Di dalam artikel ini saya paparkan video yang menunjukkan kucing yang berjaya melintasi kolam untuk menyelamatkan diri dari dikejar oleh anjing. Dari apa yang saya lihat, saya berpendapat mereka bukanlah bergaduh tetapi hanya bergurau... "so sweets..."