Ceramah usahawan di Kolej Komuniti Selandar

 

Dalam dua minggu lepas saya dihubungi oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Selandar yang beralamat di KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, JALAN BATANG MELAKA, 77500 SELANDAR, MELAKA.  Ianya berkenaan dengan jemputan untuk menjadi penceramah di dalam forum yang merupakan sebahagian aktiviti mereka yang dinamakan "Skill Attack".

Sesi forum atau dialog berkenaan diadakan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Selandar. Ianya dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar kolej berkenaan disamping beberapa kakitangan kolej berkenaan yang bertugas mengendalikan program pada hari itu. Fokus sesi dialog berkenaan adalah berkisarkan mengenai "kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi komputer", namum saya dimaklumkan bahawa diminta untuk berkongsikan pengalaman, pengetahuan dan kata-kata nasihat serta motivasi dalam menyediakan diri menjadi usahawan secara umumnya.

Di dalam ceramah berkenaan, saya menekankan beberapa konsep untuk menyediakan diri menghadapi cabaran dalam dunia bisnes iaitu "perbezaan mencari rezeki dan mencari duit", membetulkan niat sebelum ingin berniaga atau menjadi usahawan, berfikiran kreatif dan luas dalam perniagaan, tidak meletakkan duit sebagai halangan utama untuk tidak berniaga dan lain-lain motivasi yang saya rasakan perlu untuk generasi muda seperti pelajar berkenaan tahu sebelum masuk ke dunia perniagaan.  

Saya juga berkongsikan kepada mereka yang ada di dalam dewan berkenaan berkenaan  dengan bisnes mudah yang boleh disertai mereka serta merta tanpa menggunakan duit sebagai modal utama. Sebelum mengakhiri ceramah saya pada hari itu, saya sempat untuk mengingatkan mereka seandainya ingin memulakan sesuatu usaha niaga, amalkan konsep yang diperkenalkan oleh Chef Li iaitu "biar kecil asal berhasil dari besar akhirnya bubar...". Untuk bermula sesuatu yang baru, biarlah bermula dengan kecil-kecilan yang sesuai dengan kekuatan semasa kita.

Sememangnya sukar untuk menggalakkan sesiapa sahaja untuk berniaga atau menjadi usahawan, lantaran latarbelakang dna persekitaran yang tidak menggalakkan mereka untuk berniaga namun perjuangan tidak harus berhenti di sini sahaja. Jihad ekonomi bangsa kita wajib dikembangkan dan dipadukan demi masa depan agama dan negara yang tercinta.

 
Sedang menunggu sesi dialog (ceramah) bermula sambil meneliti 
Android Q88 untuk aktivit akan datang

 
Berbual dengan Ketua Jabatan Kolej Komuniti Selandar sebaik sahaja 
selesai ceramah yang diberikan oleh saya dalam kurang lebih 1 jam 15 minit.

Sesi menerima cenderamata dari Kolej Komuniti Selandar

 
Antara yang hadir semasa sesi dialog (ceramah)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan