Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latif Ibrahim meninggal dunia di IJN

 

Assalamualaikum....

Jika sebelum ini kita dikhabarkan seorang artis yang popular dengan lagu "Cinta Melankolia" iaitu Ann sekitar 1980-an yang meninggal dunia dalam bulan Februari 2012, pada hari ini kita dikejutkan pula dengan perkhabaran penyanyi dan pelakon era 1970-an, Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, lebih kurang pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung. Beliau dikatakan turut menghidap penyakit kencing manis serta paru-paru dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.  Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada hari esok (Selasa, 21 Februari 2012), selepas solat Zohor.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Bersama-samalah kita membaca surah Al - Fatihah buat dua orang artis Malaysia yang telah meninggal dunia serta untuk seluruh umat Islam yang meninggal dunia.  

Saudara- saudari ku, ajal telah menjemput mereka, insafi diri kita dan bermuasabah serta mengaudit diri kita, sejauh mana kita sudah bersedia untuk bersemadi di alam kubur dan roh kita yang akan selama-lamanya hidup di alam akhirat...?

 


**marilah kita sama-sama memainkan klip audio bacaan surah Al - Fatihah yang terdapat di atas sebagai simbolik kita membaca untuk mereka yang telah meninggal dunia.  Al - Fatihah.....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan