Maulidur Rasul : budaya bida'ah



Assalamualaikum.....

Sesetengah pihak di Malaysia ini lebih mengagungkan budaya atau perayaan "luar" dari Islam. Antaranya seperti pengisian menyambut tahun baru dengan mengadakan acara hiburan dan menjemput artis-artis luar negara yang membawa budaya kafir yang merosakan generasi umat Islam kini.  Lihat sahajalah siaran langsung di televisyen, acara hiburan dianjurkan dengan begitu galak sekali dengan pelbagai unsur-unsur maksiat terkandung di dalamnya dan dihadiri pula oleh pemimpin tertinggi negara seolah-olah mereka merestui acara yang "lagha" ini.  

Di mana iman dan Islamnya pemimpin negara yang dari segi zahirnya mengaku Islam dan mempertahankan kedaulatan tetapi perbuatan mereka bercampur halal haram serta menyumbang kepada kehancuran generasi Islam, sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk penganjuran majlis seumpama ini. Sambutan sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammmad SAW dipandang "sepi" lantaran sikap pemimpin negara sendiri.

Iya, sememangnya sambutan Maulidur Rasul adalah satu amalan bidaah iaitu Nabi Muhammmad SAW sendiri tidak menyarankannya dan tidak pernah dibuat pada zaman kehidupan Baginda dan ini disebut bida'ahTetapi sambutan Maulidur Rasul ini sebenarnya termasuk dalam kategori bida’ah yang baik (hasanah) kerana ia tidak menyalahi AlQuran dan Sunnah.  Ia dibuat oleh sahabat Baginda bertujuan agar umat Islam memperingati kelahiran serta sejarah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT pada seluruh manusia.

Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 

Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.  Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan