Assalamualaikum.....
Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda
kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu
atau berkumpulan. sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas,
khusyuk, penuh tawaduk dan tertib.
Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan
cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan
sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan roh ibadah
dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan
pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang
betul.
Takrif Doa
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada
Alllah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan
rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana
dengan cara dan adab yang tertentu.
Tujuan Dan Adab Berdoa
Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat
dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan
cara seperti berikut :
* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon
dari Allah S.W.T.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (
tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu
kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada
Allah S.W.T
Tempat Berdoa
Tempat yang
diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan
untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat
terbuka (seperti padang).
Manakala
yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau
haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak
Islam. Begitu juga
di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat,
ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang
seumpama dengannya.
Dalam ramai tak sedar, tarian yang sering dipertontonkan dalam majlis-majlis rasmi di Malaysia mencampurkan unsur halal dan haram. Sebenarnya tarian di hadapan pemimpin-pemimpin negara adalah satu budaya manusia zaman jahilliah, tak kiralah apa jua jenis tariannya...