Petua pemakanan Nabi Muhammad SAW

 

Assalamualaikum.....

Nasihat seperti "berhenti sebelum kenyang" sudah lama kedengaran namun berapa ramai antara kita yang tidak mengendahkannya?.  Pada pengamatan saya semasa mengunjungi majlis jamuan makan, ramai antara masyarakat yang mengambil kuantiti makanan yang berlebihan dari keperluan sehingga penuh menggunung di pinggan.  

Yang menyedihkan bukannya habis dimakan sebaliknya ditinggalkan dan dibuang tanpa ada rasa berdosa. Malah, mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Amat berbeza dengan tabiat pemakanan  Nabi Muhammad SAW. Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Pada kali ini saya kongsikan beberapa jenis bahan makanan dan minuman serta petua yang diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW, iaitu :

1. Barli – Minum air barli baik untuk melegakan dan mengurangkan kepanasan akibat demam.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah yang dikatakan berasal dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat, mengubati cirit birit dengan dibancuh menggunakan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi menyatakan susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki tisu otak, memperbaharui tisu mata dan mengurangkan kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, merawat radang perut.
– Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun ( Trend yang popular di restoran Itali )

10. Delima – Membersihkan tubuh dari unsur-unsur syaitan serta bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air (seeloknya air masak)– Jika dahaga hendaklah disedut atau diminum perlahan-lahan. Jangan diteguk berterusan kerana ia mendatangkan potensi dihinggapi penyakit pada hati.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan