Assalamualaikum.....
Secara keseluruhannya mutu permainan pasukan bola sepak Malaysia merosot lantaran kemungkinan mereka kehilangan "rentak" setelah sekian lama berehat dari sebarang perlawanan antarabangsa. Malah boleh dikatakan Malaysia kekurangan perlawanan persahabatan dan ia menjejaskan prestasi skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih, K.Rajagobal.
Dalam perlawanan ini, Filipina berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan pada minit ke 34, separuh masa pertama oleh Wolf (pemain import yang mendapat kerakyatan Filipina). Ia berpunca dari lontaran ke dalam oleh pemain Filipina dan Wolf yang tidak dikawal dengan sempurna oleh pertahanan Malaysia, dengan mudah membuat tandukan separas pinggang lalu penjaga gol Malaysia iaitu Farizal Marlias tidak berada di posisi yang tepat untuk menangkapnya.
Filipina mendominasi perlawanan dengan gerakan yang lebih tersusun dan mantap. Namun sebaik sahaja memasuki separuh masa kedua, para pemain Malaysia dilihat telah berusaha dengan sedaya mungkin terutamanya Safee Sali yang belum cergas sepenuhnya akibat dari kecederaan semasa latihan beberapa hari sebelum perlawanan. Hasilnya, Ahmad Shakir Md Ali menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama untuk pasukan utama dan terlangsungnya merupakan gol penyamaan bagi skuad bola sepak Malaysia dalam masa tambahan.
Secara keseluruhannya pasukan Malaysia telah menonjolkan permainan
yang menarik dengan beberapa percubaan yang merbahaya ke pintu gol Filipina namun sentuhnya penyudah saf hadapan negara agak kehilagan bisanya. Boleh dikatakan perlawanan seperti inilah yang sepatutnya diperbanyakkan lagi agar lebih memberi kesedaran kepada para pemain yang mewakili Harimau Malaysia agar mereka tidak leka serta sentiasa peka untuk meningkatkan dan cuba mengekalkan tahap terbaik dalam prestasi untuk setiap perlawanan.
Kesimpulan :