Assalamualaikum.....
Saya pernah mengunjungi Restoran Radix Fried Chicken yang terdapat di MyDin MITC,Ayer Keroh, Melaka dan saya berpuas hati dengan minuman dan rasa ayam gorengnya serta layanan dari para pekerja di sana. Walaupun ada pelbagai isu yang ditimbulkan atas sebab ketidakpuasan hati sesetengah pelanggan, namun saya masih lagi menyokong RFC kerana ia sebagai satu contoh baik dalam bidang keusahawanan berteraskan Islam.
Memang begitulah sifat insan yang dikurniakan akal dan nafsu ini. Sampai kiamatpun pasti ada yang tidak kena dan puas hatinya. Hatta pada diri kita sendiripun, tidak dapat memuaskan perasaan semua orang di sekeliling kita. Cuma saya berharap pada saf pengurusan RFC agar peka dalam setiap aduan dan masalah yang timbul di setiap cawangan restoran RFC. Lakukanlah pekerjaan yang mulia ini dengan sabar, tekun dan istiqamah agar dengan itu ia dapat menjadi pendorong serta contoh pada umat Islam yang lain, yang berminat dalam bidang keusahawanan ini.
Ingatlah, ayam di RFC diyakini suci lagi halal dan disembelih sambil doa dibacakan. Di restoran lain, walaupun ayamnya mendapat status halal, tetapi semasa ayam itu disembelih, belum tentu ianya dibacakan "bismillah" dan doa-doa tertentu.
Mengenai cawangan baru RFC di Shah Alam, ianya beralamat di
Ini sahajalah peta yang terbaik yang dapat saya sediakan. Mohon maaf jika kurang jelas