Assalamualaikum.....
Untuk destinasi pelancongan kali ini, saya menyediakan informasi mengenai salah satu tempat di Negeri Pulau Pinang iaitu Bandar Georgetown. Ia merupakan destinasi yang belum pernah saya pergi.
Pulau Pinang juga dikenali sebagai Mutiara Timur merupakan salah sebuah
pulau yang terindah dan paling romantis di Asia. Pulau tropika ini
terletak di Lautan Hindi di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia.
Pulau Pinang mendapat namanya dari pokok pinang yang tumbuh melata di pulau tersebut pada suatu masa dahulu. Pulau ini diasaskan sebagai pusat dagang British yang pertama di Timur pada tahun 1776 dan kini merupakan kotaraya yang mencerminkan gabungan unik timur dan barat.
Pulau Pinang terdiri dari dua kawasan utama iaitu pulau dan sebidang tanah di tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai. Jambatan Pulau Pinang merupakan sebuah jambatan terpanjang di Asia yang berukuran 13.5 km menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung. Pulau Pinang juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan feri terus ke tanah besar.

Bandar Georgetown merupakan ibunegeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan
sejarah dan warisan tetap menyerlahkan kemajuan dan pembangunan.
Terdapat beberapa tempat yang menggambarkan suasana zaman silam di
bandar ini seperti jalan yang sempit, beca, kuil-kuil Hindu serta para
penjaja yang menjual barangan mereka - pemandangan yang seolah-olah
tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Pulau Pinang merupakan destinasi
sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah mencari barangan lama
mahupun yang baru, kesemuanya pada harga yang amat murah.
Di sini juga para pelancong berkesempatan mencuba sajian-sajian makanan yang paling lazat di rantau ini yang merangkumi masakan Melayu, Cina, Nyonya dan pelbagai makanan gerai seperti nasi kandar, char kway teow dan laksa Penang yang kesemuanya dimasak dengan gaya yang unik.
Selain itu, bandaraya George Town, Pulau Pinang, turut disenaraikan dalam tarikan Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai, 2008. Sebagai usaha promosi, Forum Pelancongan ASEAN (ATF) telah memperkenalkan pakej Warisan Dunia UNESCO 1-2-3 yang merangkumi tapak Warisan Dunia di George Town (Pulau Pinang), Melaka dan Borobudur (Indonesia).

**sumber rujukan dari : Cuti Malaysia