Showing posts with label pelancongan. Show all posts
Showing posts with label pelancongan. Show all posts

MELAKA FLORAL FESTIVAL 2019


Pameran Bunga dan Taman yang pertama di Melaka, bermula pada 22 hingga 24 November 2019 (Jumaat hingga Ahad), 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh Melaka

Perasmian oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob,Yang Di-Pertua Negeri Melaka bersama YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Aktiviti :

1. Pameran Taman Mini:
    -Agensi Kerajaan
    -Agensi Swasta
2. Jualan
    -Bunga
    -Barang Pertanian
    -Buah-buahan
3. Pertandingan:
    -Orkid -22 Nov 2019
    -Gubahan bunga dan sirih junjung -23 Nov 2019
    -Mewarna 23 Nov 2019

Melaka Chocolate House di Bandar Hilir Melaka


MELAKA CHOCOLATE HOUSE ❗

Terletak di deretan bangunan merah (Stadhuys) berhadapan Muzium Belia Malaysia adalah salah satu produk pelancongan yang dikenali sebagai Melaka Chocolate House.  Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam semestinya akan menjadi persinggahan wajib bagi pelancong tempatan mahupun luar negeri.



Ketika ditemui TMK Muhammad Fikri Bin Mohd Ali yang juga Pengarah Eksekutif 'MCH' turut menyatakan tarikan utama pengunjung adalah Coklat Durian Musang King selain Daim,Milo dan pelbagai lagi.

Serta bakal menyajikan lagi satu produk adalah  Ais Kepal (Snow Ice) yang berkonsepkan coklat dengan pelbagai jenis seperti Daim, Tobleron,Milo dan sebagainya.



Turut meletakkan simbolik pelancongan adalah ukiran logo Visit Melaka yang dibuat khas menggunakan 100% coklat.🍫🍫




Info Menarik :

Lokasi : Deretan Bangungan Stadhuys (Berhadapan Muzium Belia Malaysia)
Masa : Setiap Hari (10 pagi - 10 malam)

Untuk pertanyaan : 0133333815 (Fikri)

Sumber : Melaka Kini

Lima lokasi penginapan bajet bawah RM 200 semalam di Pulau Langkawi


Langkawi merupakan satu daerah dalam negeri Kedah. Ia terdiri dari gugusan pulau-pulau yang terletak di Selat Melaka berhampiran negeri Perlis. Pulau Langkawi yang terkenal dengan berbagai kisah mitos dan lagenda seperti Mahsuri, Lagenda Tasik Dayang Bunting dan Puteri Telaga Tujuh ini ialah antara destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Ia juga adalah pulau bebas cukai sejak tahun 1987. Selain tarikan alam semulajadi, pulau ini turut menjadi tumpuan  untuk membeli-belah. 

Berikut adalah maklumat mengenai penginapan bajet rendah sebagai pilihan kepada mereka yang ingin melancong ke Pulau Langkawi :

PARETTO SEAVIEW HOTEL, LANGKAWI




LANGGURA BARON RESORT, LANGKAWI





CASA FINA FINES HOMES HOTEL, LANGKAWI





BEST STAR RESORT, LANGKAWI





THE CABIN, PULAU LANGKAWI





Korea Utara : bukan semuanya best mengenai Korea


Sebut sahaja Korea Selatan, pasti sebahagian anak muda di Malaysia akan terkinja dan menggelinjang seperti ulat sagu lantaran populariti artis negara berkenaan. Ada juga yang mengidam untuk melancong dan bercita-cita melanjutkan pelajaran ke negara berkenaan.

Namun jiran mereka, Korea Utara amat berbeza dan kelihatan "membosankan". Nak melancong ke Korea Utara?. Jika ya, fikirkan sedalam-dalamnya.

Korea Utara atau nama rasminya Republik Rakyat Demokratik Korea merupakan sebuah negara yang agak misteri. Apakah yang ada disebalik tembok negara yang diperintah oleh Presiden Kim Jong-un ini? 


Jika anda ingin mengembara ke Korea Utara, ini tips yang harus anda ikuti untuk selamat kembali ke Malaysia. 

1) Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Korea Utara. Pilihan yang terbaik adalah anda terbang ke Beijing, China dan menaiki kapal terbang Air Koryo dari Beijing ke Korea Utara dan juga kereta api. 

Pilihan kedua, anda boleh terbang ke Moscow, Rusia terlebih dahulu dan pergi ke Korea Utara dengan kereta api. Jika anda menaiki kereta api dari China atau Rusia ke Korea Utara, anda perlu melepasi satu kawalan dan semakan sempadan yang amat tegas dan memakan masa hampir 2-3 jam. Rakyat Amerika Syarikat dan Israel tidak dibenarkan memasuki Korea Utara.

2) Menerusi Hubungan Malaysia–Korea Utara, Malaysia menjadi negara pertama dan satu-satunya negara yang boleh masuk ke Korea Utara tanpa visa pelancong. Malaysia mempunyai kedutaan di Korea Utara dan juga Korea Utara mempunyai pejabat kedutaannya di Malaysia. 

3) Anda tidak boleh melancong secara backpacking jika ingin ke Korea Utara. Anda haruslah menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan dan perlu menandatangi perjanjian pelancongan Korea Utara terlebih dahulu. Harga bagi trip ke Korea Utara adalah dalam RM2700 bagi tiga hari (trip bajet)


4) Pelancong akan diberitahu untuk tidak mengambil sebarang gambar orang miskin, kerja-kerja pembinaan dan orang Korea Utara tanpa meminta izin. Jika ada yang ingin mengambil gambar patung gergasi Presiden Kim, haruslah mengambil gambar keseluruhan patung dan tidak dibenarkan mengambil gambar secara dekat terutamanya kepala. Kebiasaannya sebelum meninggalkan Korea Utara, ada petugas yang akan meminta kamera anda untuk menyemak gambar-gambar yang anda ambil. Jika ada gambar yang dilarang, kamera anda akan dirampas ataupun anda akan dipenjarakan.

5) Tiada rakyat Korea Utara yang dibenarkan akses kepada internet kecuali kakitangan kerajaan. Apatah lagi buat para pelancong, panggilan keluar dari Korea Utara boleh menelan harga sehingga RM31 selama seminit.

6) Pelancong hanya dibenarkan menggunakan matawang Euro, RMB China atau USD sahaja.

7) Anda tidak dibenarkan keluar daripada hotel tanpa pemandu pelancong. Semua pergerakan anda ke satu-satu tempat haruslah dengan pemandu pelancong yang disahkan oleh kerajaan.

8) Pelancong juga tidak dibenarkan membawa sebarang buku-buku keagamaan masuk ke dalam Korea Utara. Hukuman mati boleh dikenakan jika anda membawa buku keagamaan, menonton sebarang pornografi serta tonton bahan hiburan Korea Selatan.

9) Memakai denim adalah dilarang bagi pelancong. Ia hanya dibenarkan untuk rakyat tempatan sahaja.

10) Di Korea Utara, hanya tentera dan pegawai kerajaan dibenarkan memiliki kereta. Rakyat biasa hanya menggunakan perkhidmatan kereta api, teksi dan basikal.

11) Makanan halal amat sukar dicari di Korea Utara. Jika anda mengikuti tour pelancongan sekali pun, agak mustahil untuk anda menikmati makanan halal.

12) Anda boleh membeli poskad Korea Utara dan mengepos poskad tersebut pada teman-teman di serata dunia kecuali Korea Selatan.

13) Rakyat dilarang guna nama Kim Jong Un.


14) Walaupun pelbagai media menggelarkan Korea Utara bukan negara yang sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong, namun Korea Utara adalah selamat untuk dilawati, asalkan anda mengikuti semua peraturan yang diberikan.


Lokasi yang best di Cameron Highland, Pahang


Berikut adalah Sepuluh Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau terlupa.  Maka senarai ini boleh menjadi salah satu cadangan untuk mereka yang mencari-cari lokasi untuk melancong dan merehatkan minda.

 1) Agro Technology Park MARDI


Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh.

Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.00. Waktu operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.


 2) Taman Rama-Rama


Jika anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini.

Taman rama-rama ini dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.

 3) Ladang Teh BOH



Bagi anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi. Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi tarikan adalah ladang teh BOH.

Apabila anda berada di ladang teh ini, anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.

 4) Cactus Valley


Jika anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun.

Di cactus valley ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga, terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.


5) Big Red Strawberry Farm


Big Red Strawberry ini terletak berhampiran dengan Cactus Valley. Ladang strawberry ini dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland! Disini merupakan tempat yang sangat lengkap kerana mempunyai tempat untuk berehat bagi mereka yang sudah keletihan berjalan di ladang strawberry ini dan anda juga boleh menikmati alam sekitar yang sangat tenang dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Big Red Strawberry dibuka pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Selain itu,anda juga boleh memetik sendiri buah strawberry, tetapi harganya lebih mahal berbanding anda beli yang sudah siap dibungkus.

 6) Lavender Garden


Lavender garden yang terletak di Cameron Highland ini telah dibuka pda tahun 2013.terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga jenis yang lain antaranya mawar,daisy, camelia dan sebagainya.Untuk melawat di Lavender ini, bayaran akan dikenakan iaitu RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam.

Anda juga boleh membeli cenderahati apabila berada disini yang kebanyakannya berasaskan pokok bunga lavender. Anda juga boleh merasakan ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang segar dan sangat sedap. Lavender garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap.


 7) KEA Farm di Brinchang


Kea Farm merupakan kawasan pasar bagi mereka yang ingin membeli barangan cenderahati, buah, bunga ataupun sayuran yang sangat segar.Selain itu juga terdapat madu dan buah tangan yang lain.Selalunya disini agak sesak dengan para pengunjung.

Kea farm tidak jauh dari pekan Brinchang lebih kurang dalam 3 km. Kea farm sangat dekat dengan kawasan yang menarik seperti Rose Center, Bee Farm dan juga taman rama-rama. Anda pasti akan membeli banyak barangan apabila berkunjung disini.

 8) Ladang Lebah


Bee Farm sangat dengan  Kea Farm dan terletak dekat sangat dengan Equatorial Resort.Disini tempatnya sangat menarik untuk anda lawati terutamanya bagi kanak-kanak.  Bee Farm mempunyai muzium  mini, pasar sayuran dan juga tapak permainan untuk kanak-kanak.

Disamping itu juga, anda boleh melihat sendiri madu yang dihasilkan oleh lebah di sini dan anda boleh membeli madu yang sangat fresh. Tiada dikenakan bayaran jika anda ingin memasuki di bee farm ini dan akan dibuka setiap hari dari pagi hingga pada malam hari.


 9) Fragrance Nursery


Fragrance Nursery merupakan tempat bagi mereka yang menggemarkan bunga kerana Fragrance Nursery adalah tapak penyemaian bunga. Bunga-bunga disini kebanyakkan akan diimport ke negeri-negeri lain di Malaysia.Anda juga boleh memetik bunga yang anda inginkan jika anda hendak membelinya. Selain daripada bunga, terdapat juga buah strawberi dan aggur yang boleh anda beli. Fragrance Nursery merupakan tempat menarik di Cameron Highland kerana merupakan paling awal menghasilkan buah anggur.


 10) Muzium Time Tunnel


Muzium Time Tunnel yang terletak di Brinchang ini berada di tingkat bawah di dalam Ladang Strawberry Kok Lim. Ianya dibina adalah untuk mengekalkan memori sejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highland sendiri.Muzium ini memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang penduduk setempat di Cameron Highland.

Beliau seorang yang sangat sukakan benda-benda yang antik atau barangan lama. Muzium ini sangat sesuai dilawati pada mereka yang ingin mengetahui sejarah tentang Cameron Highland. Untuk memasuki muzium ini,dikenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Muzium Time Tunnel dibuka pada 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari.


Sambutan Ambang Tahun Baru 2016


Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 2015 sehingga 12.30 pagi (1 Januari 2016) bersempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 dan Minggu Pelancongan Melaka 2015.

Destinasi Pelancongan : Tanjung Rhu, Langkawi


Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka bersantai di tepi pantai. Bot pelancong juga disediakan bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan ciptaan Tuhan di sepanjang Sungai Kilim (Kilim Natural Geopark).



Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . Bot-bot nelayan ini tidaklah besar , cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong.



Terdapat juga restoran terapung bagi mereka yang berminat makan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa . Ikan-ikan segar yang diternak dalam sangkar ikan. Aktiviti memancing juga disediakan.

Tanjung Rhu terdedahkan kepada fenomena air pasang dan air surut. Oleh itu pada masa air pasang, akan kelihatan pangkal pokok bakau yang tenggelam dan semasa air surut, pokok-pokok ini kelihatan hingga ke akarnya yang bercerancang.



Destinasi Pelancongan : Pantai Kemasik, Terengganu


Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih.

Pantai Kemasik terletak di persisiran Kampung Kemasik, Kemaman. Dari sudut bentuk muka bumi, Kemasik terletak di persisiran pantai. Kebiruan air laut dan panorama langit yang sungguh indah membuatkan seolah-olah berada di suatu penempatan yang baru. Pokok-pokok kelapa di persisiran pantai yang tumbuh melata, bot sangkut nelayan dan kawasan pantai lagun pasti menggamit siapa jua yang datang ke sini. 

Di kawasan pedalaman Kemasik, terdapat kawasan tanah berpaya dan kawasan tanah pamah bagi mereka yang ingin melaksanakan aktivti pertanian. Paling menarik, cara kehidupan kampung masih dikekalkan di kawasan ini dan sekitarnya.


Di sekitar Pantai Kemasik dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tapak meletak kenderaan, wakaf untuk berehat, taman permainan kanak-kanak, kiosk jualan pelbagai barangan, tandas awam, papan tanda, tong sampah, jalan berturap dan surau.

Dengan keunikan bongkah-bongkah batu kelihatan seperti bukit-bukit kecil ditepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan. Anda juga boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah bukit berbatu.



Di situ ada sebuah batu besar yang boleh dipanjat dan membolehkan anda melihat panorama Pantai Kemasik dari sudut berbeza tetapi di nasihatkan supaya berjaga-jaga dan memakai pakaian serta sepatu yang sesuai. Berhampiran pantai ini terdapat perkampungan nelayanyang aktif.

Sekitar pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil tangkapan mereka yakan di jual secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan dan pasti harganya lebih murah berbanding di pasar-pasar tertentu.


Pantai ini juga menjadi tumpuan pengunjung untuk merakamkan suasana matahari terbit di samping mengabadikan pemandangan setempat dalam kamera digital seperti aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda.




Destinasi Pelancongan : Gunung Jerai


Assalamualaikum...

Dah lama saya tak "melancong" ke Gunung Jerai.  Adalah dalam lebih 10 tahun rasanya.  Pasti kini terdapat perubahan yang ketara terutamanya dari segi kemudahan awam bagi pelancong yang inginkan suasana alam yang mendamaikan. Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, pendengaran anda akan dijamu pelbagai bunyi unggas dan serangga hutan serta kicauan merdu burung-burung yang hidup bebas di hutan rimba.

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam (tertakluk pada perubahan semasa).

Persekitaran kawasan chalet seluas kira-kira empat hektar itu dihiasi dengan landskap menarik dan diserikan pelbagai bunga berwarna warni, manakala mereka yang gemar mandi air terjun pula boleh menikmati kedinginan anak sungai yang melimpah dari puncak gunung itu.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu, kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan. Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu ketika cuaca cerah dan tidak berawan, pengunjung yang bangun awal berpeluang menikmati keindahan pagi apabila sang suria menampakkan wajahnya, manakala pada waktu senja pula, pandangan pastinya tertumpu di ufuk barat untuk melihat mentari terbenam.  Selain itu, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna hutan tropika di tanah tinggi itu.

Pelbagai jenis bunga yang menarik dan mempersonakan yang tumbuh bebas di sekitar kawasan pergunungan.  Antara bunga yang kerap menjadi daya tarikan pengunjung di situ ialah bunga kembang tiga bulan yang warnanya bertukar setiap bulan iaitu putih, unggu dan kemerah-merahan.  Bunga kembang tiga bulan hanya terdapat di Gunung Jerai dan inilah keistimewaan pusat peranginan ini.  Bunga ini tahan lama dan berkembang selama tiga bulan, dipercayai bunga paling lama berkembang jika dibandingkan dengan bunga ros dan lain-lain dalam spesiesnya.  Jika ditanam di tempat lain ia tidak menjadi dan jika hidup pun ia tidak akan subur dan cepat mati, tidak seperti di habitat asalnya di sini yang bunganya boleh mekar selama tiga bulan.

Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan termasuk untuk mengadakan hari keluarga, beberapa kemudahan disediakan di situ termasuk dewan seminar dan aktiviti bersukan seperti badminton, bola tampar dan takraw.    

Pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.  Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki van dari kaki gunung itu dengan dikenakan bayaran tertentu.

Destinasi Pelancongan : Air Terjun Gunung Ledang / Air Terjun Asahan

 


Assalamualaikum...

Sudah berapa lama anda tidak mandi atau berkelah di air terjun?. Disebabkan airnya berpunca dari sumber asli dari bukit, maka airnya begitu dingin dan sangat menyegarkan tubuh badan yang lesu.  Kali ini saya ingin mempertonjolkan kawasan air terjun yang melibatkan dua negeri di selatan Semenanjung Malaysia iaitu di Johor dan Melaka.

Air Terjun Gunung Ledang atau adakalanya dipanggil Air Terjun Asahan merupakan destinasi yang bersejarah (dikaitkan dengan lagenda Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang) dan sesuai dikunjungi oleh pencinta alam buana.  Mata airnya yang berpunca dari Gunung Ledang yang berada di dalam kawasan daerah Ledang, negeri Johor.  Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Maka atas faktor geografi, air terjun ini dikongsi oleh dua buah negeri.

Air Terjun Gunung Ledang / Air Terjun Asahan merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan menyegarkan. 

Di kawasan peliharaan ini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, "bird watching", seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, para pengunjung juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.




Nak tahu lokasi dan alamat ke sini...?  Google maps kan ada... :-)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan