Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih.
Pantai Kemasik terletak di persisiran Kampung Kemasik, Kemaman.
Dari sudut bentuk muka bumi, Kemasik terletak di persisiran pantai.
Kebiruan air laut dan panorama langit yang sungguh indah membuatkan
seolah-olah berada di suatu penempatan yang baru. Pokok-pokok kelapa di
persisiran pantai yang tumbuh melata, bot sangkut nelayan dan kawasan
pantai lagun pasti menggamit siapa jua yang datang ke sini.
Di kawasan
pedalaman Kemasik, terdapat kawasan tanah berpaya dan kawasan tanah
pamah bagi mereka yang ingin melaksanakan aktivti pertanian. Paling
menarik, cara kehidupan kampung masih dikekalkan di kawasan ini dan
sekitarnya.
Di sekitar Pantai Kemasik dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tapak meletak kenderaan, wakaf untuk berehat, taman permainan kanak-kanak,
kiosk jualan pelbagai barangan, tandas awam, papan tanda, tong sampah,
jalan berturap dan surau.
Dengan keunikan bongkah-bongkah batu kelihatan seperti bukit-bukit kecil ditepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan. Anda juga boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah bukit berbatu.
Di situ ada sebuah batu besar yang boleh dipanjat dan membolehkan anda melihat panorama Pantai Kemasik dari sudut berbeza tetapi di nasihatkan supaya berjaga-jaga dan memakai pakaian serta sepatu yang sesuai. Berhampiran pantai ini terdapat perkampungan nelayanyang aktif.
Sekitar pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil tangkapan mereka yakan di jual secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan dan pasti harganya lebih murah berbanding di pasar-pasar tertentu.
Pantai ini juga menjadi tumpuan pengunjung untuk merakamkan suasana matahari terbit di samping mengabadikan pemandangan setempat dalam kamera digital seperti aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda.