Akuaponik - usaha penyelesaian kurang tanah tani

Contoh sistem mini akuaponik
Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan diantara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.

Dalam kondisi semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.

Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.

Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.

Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.


FUNGSI

Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :

1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman

Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.
 

**Sumber
-Buletin Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka
-Fanpage MJI Trading

Related Posts:

  • Cara untuk Hard Reset LENOVO A850   Seperti memformat komputer, memformat telefon pintar mempunyai tujuan atau sebab yang sama iaitu untuk mengembalikan fungsi perlaatan kepada yang asal sebelum ia dipasang dengan pelbagai aplikasi tambahan.  Me… Read More
  • USM cipta aplikasi jejak lokasi jemaah tersesat di Mekah PULAU PINANG, April 2016 – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan inovasi yang berupaya membantu mengatasi masalah jemaah haji tersesat melalui aplikasi yang dipanggil Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Ter… Read More
  • Tujuh ciptaan canggih yang mungkin anda tidak tahu kewujudannya Semakin hari teknologi dalam kehidupan manusia semakin berkembang dan canggih. Ia selaras dengan keperluan semasa yang terdorong oleh pencarian penyelesaian masalah yang dihadapi oleh manusia. Video di bawah merupakan … Read More
  • iPhone 8 bakal dilancarkan? Apple dikatakan bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone 8 antara September hingga November 2017. Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal denga… Read More
  • Nokia 3310 : Lagenda muncul kembali Setelah pelbagai cerita mengenai telefon lagenda jenama Nokia 3310 tersebar, Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon tersebut di Barcelona. Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang bahar… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan