Pada pukul 8.07 malam (22 Februari 2014), ketika saya sedang membeli
makanan di salah satu kios yang ada di Restoran El Ezzat's, Jalan Hang
Tuah, Melaka, saya terpandang susuk tubuh yang tegap, tinggi dan
berkulit gelap.. Wajahnya nampak "mesra alam" dan tersenyum sambil
mengangkat tangan..
Bila difikirkan baru saya teringat, rupanya individu
itu adalah Khairul Izwan iaitu penjaga gol Melaka United (MU). Bersama
dengannya ialah seorang kawan beliau (bukan pemain bola sepak) dan Wan Azwari (pertahanan MU) iaitu abang kepada Wan Zack Haikal.
Mereka semua sangat peramah. Banyak perkara yang kami bualkan seperti sejarah bola sepak Malaysia, lanskap bola sepak di Melaka termasuklah juga isu-isu yang dibangkitkan di arena Facebook.
Setelah mendengar sendiri luahan hati Khairul Izwan, saya semakin faham kedudukan sebenar dalam beberapa isu yang ada... Kepada semua pemain Melaka United.., teruskan perjuangan anda berusaha dan berdoa serta istiqamah dalam setiap kebaikkan yang anda buat...!
Saya tidak akan maki dan mencarut.., sebaliknya saya akan terus berdoa untuk kejayaan dan kebaikkan Melaka United khususnya dan bola sepak Malaysia amnya...

*Komen :
-daripada maki dan cerca FAM dengan pelbagai panggilan carut, lebih afdal kita mendoakan kebaikkan untuk sebarang perubahan positif yang diinginkan. Dari pada dapat "dosa kering" dengan maki hamun, lebih baik berzikir semasa tengok bola sepak.