Marcel Desailly berminat melatih Harimau Malaya


Marcel Desailly lahir di Accra, Ghana, pada 7 September 1968 dengan nama Odenke Abbey adalah mantan pemain sepak bola asal Ghana berkebangsaan Perancis. Desailly biasa bermain sebagai bek tengah. Ia pernah bermain untuk Nantes, Marseille, Milan, Chelsea, Al-Gharafa, dan Qatar SC sebelum pensiun sebagai pemain profesional. 

Ia meraih gelar juara Liga Champions UEFA saat membela Marseille dan A.C. Milan. Desailly memperkuatkan pasukan kebangsaan Perancis sejak 1993 hingga 2004. Beliau cemerlang semasa berada di dalam pasukan kebangsaan Perancis saat memenangkan Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. 

Seluruh anggota pasukan kebangsaan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998 di anugerahi "Lรฉgion d'honneur". Ia menjadi kapten pasukan bola sepak kebangsaan Perancis saat menjuarai Piala Konfederasi FIFA 2001. Setelah bersara, Dessailly menjadi komentator sepak bola pada beberapa media massa Inggeris

Bekas ketua pasukan Perancis Piala Dunia ini bersedia dan sanggup untuk melatih skuad bola sepak negara. Beliau berkata ianya terserah pada Persatuan bola Sepak Malaysia ( FAM) untuk membuat keputusan sama ada mengambilnya sebagai ketua jurulatih mereka.

"Saya sudah memberitahu mereka kemampuan saya dan menyerahkan kepada pihak  yang bertanggungjawab di Malaysia untuk membuat keputusan beberapa bulan yang lalu.

Andre Villas Boas, Marcel Desailly dan Mick Doohan bergambar dengan trofi Laureus
 
"Saya telah mendapat lencana kejurulatihan saya dan membawa dengan saya sepanjang pengetahuan saya tentang permainan dan falsafah bimbingan, " kata beliau pada majlis penamaan calon-calon untuk Anugerah Sukan Dunia Laureus di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Kerja jurulatih nasional itu masih terbuka selepas calon utama yang disenarai pendek , Philippe Troussier , gagal mencapai persetujuan dengan FAM bulan lepas.

Kedudukan ini menjadi kosong apabila FAM tidak memperbaharui kontrak Datuk K. Rajagopal pada bulan Disember. Selain Troussier dan Desailly calon-calon yang disenarai pendek yang lain adalah pengurus Roma Zdenek Zeman dan Bob Houghton .

Pasukan negara kini dikendalikan sementara oleh caretaker coach Datuk Ong Kim Swee. Desailly menambah bahawa beliau mempunyai idea apa yang perlu dilakukan untuk bola sepak Malaysia dan dia mampu untuk mengendalikan tugas jika diberi peluang.

"Bola sepak adalah bola sepak di mana-mana, ia adalah permainan universal yang diterima . Jadi tidak ada isu jurulatih di mana-mana bahagian dunia. Ia adalah mengenai penguasaan kemahiran dan mengajar asas-asas yang betul dan memastikan struktur perkembangan yang baik, "katanya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan