Nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali Bin Abi Talib : Tiga tanda pada orang yang Ahli Ibadah, Taqwa, Alim dan Jujur


Assalamualaikum.....

Ada masa-masa tertentu, perasaan kita menjadi hiba dan terasa sedih di atas apa yang berlaku dalam kehidupan kita, maka ketahuilah bahawa saat itu Allah SWT telah "memberikan" keinsafan dan keampunan pada dosa-dosa kita yang lalu.

Maka ambillah kesempatan seperti itu dengan mencari seberapa banyak maklumat mengenai amal ibadah yang akan memberi manfaat kepada kita pada saat-saat memerlukan.  Kerana kita tidak tahu berapa lama rasa insaf itu akan "singgah" dalam qalbu kita ini.  Bersyukurlah seandainya ia hadir dalam diri.....

Pada kali ini saya berkongsikan nasihat Rasulullah SAW kepada  Saidina Ali R.A berkenaan dengan tanda-tanda yang dapat dilihat pada setiap manusia yang mempunyai ciri-ciri ahli ibadah, taqwa, alim dan jujur..... :

Wahai Ali, bagi "AHLI IBADAH" itu ada 3 tanda-tandanya : 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wahai Ali, bagi orang yang "TAQWA" itu ada 3 tanda-tandanya : 
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi orang "ALIM" itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yang haram. 
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang "JUJUR" itu ada 3 tanda-tandanya : 
1) Merahsiakan ibadahnya 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan