Salam sejahtera...
Zaman kini sudah menjadi kebiasaan melihatkan lelaki pandai memasak. Kebiasaannya lelaki yang sudah biasa tinggal bersendirian atau jauh dari keluarga akan lebih berdikari dan memiliki kemahiran memasak berbanding dengan lelaki yang tinggal bersama keluarga kerana pasti soal makan minum mengharapkan sepenuhnya ibu yang sediakan.
Saya sangat suka memasak lebih-lebih lagi apabila di dapur mempunyai bahan-bahan masakan yang banyak atau mencukupi untuk dibuat sesuatu. Kali ini saya berkongsikan satu resepi yang popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu "Ikan Siakap 3 Rasa". Resepinya seperti di bawah :
Penyediaan ikan:
- 1 ekor Ikan Siakap
- Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
- Serbuk Pasti Sedap Knoor
- Minyak untuk menggoreng ikan
Penyediaan kuah:
- 10 biji cili padi - potong kecik-kecik
- 1 biji bawang besar - potong dadu
- 3 biji bawang putih - ditumbuk sedikit
- 1 inci halia - dihiris kecik
- 1 biji tomato - potong dadu
- Segenggam nenas - yang dipotong dadu
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Cara memasak :
Ikan dibersihkan dan ditoskan.
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata.
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi.
Goreng terendam ikan tersebut.
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain.
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih.
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan.
Kacau sebentar.
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas.
Masukkan air sedikit.
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
Biarkan kuah mereneh seketika.
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi
Selain ikan siakap, anda boleh mencuba bahan mentah seperti pada gambar di bawah :
Silap gaya bukan buaya yang jadi bahan, anda yang jadi bahan santapan buaya... :P |
**lawak je, jangan buat betul-betul pula. Buaya haram dimakan sebab ia haiwan dua alam...
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*