Adab datang "tempat" orang - contohi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

 

Assalamualaikum.....

Biarpun Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang akan melawan Kelantan pada pertemuan malam ini (4 Mac 2012), namun perbezaan politik yang mentadbir negeri masing-masing bukan penghalang untuk memperlihatkan rasa hormat dan beradab, lebih-lebih lagi pada pasukan Negeri Sembilan.  

Mereka tahu mereka adalah tetamu di negeri orang dan tindakan mereka adalah betul dan bijak kerana meluangkan masa bagi mengadakan majlis ringkas bertemu Tuan Guru Nik Abduk Aziz Nik Mat yang dikatakan kebetulan berada di hotel yang sama pada malam sehari sebelum hari ini atas urusan rasmi.  Inilah contoh adab sopan dan budi bahasa orang Melayu yang selaras dengan ajaran Islam iaitu saling hormat menghormati dan mempunyai akhlak yang mulia.  

Akan tetapi ini tidak berlaku pada pemimpin yang sebelum ini dikaitkan dengan isu model dari Monggolia yang mati dibunuh.  Datang ke negeri orang atas urusan rasmi berkaitan dengan negeri pantai timur itu tetapi sekali pun tidak pernah dilihat berjumpa dengan menteri besar negeri yang didatanginya. Inilah sikap kurang hajar dan besar kepala yang ditunjukan oleh pemimpin berkenaan.

Tahniah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.. Sikap keterbukaan dan budi pekerti yang wajar dicontohi oleh sekalian rakyat jelata.

Seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Abduk Aziz Nik Mat dalam satu majlis yang dihadirinya :

"Bagaimana pun beradablah ketika melangkah, bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. masuk berpintu keluar bertangga..."

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan