Tanda-tanda orang yang akan merasai bahagia menurut Islam

 

Assalamualaikum.....

Setiap insan perlukan kebahagiaan dalam hidup mereka.  Tidaklah dikatakan bahagia seandainya hanya diukur dari sudut pemilikan harta benda, kekayaan, pangkat atau kedudukan tinggi dalam masyarakat dan seumpamanya, tetapi adanya bahagia itu adalah datangnya dari rasa "senang hati" dalam fikiran.  Qalbu manusia akan merasai nikmat kehidupan seandainya beroleh nikmat bahagia walaupun kehidupannya daif atau miskin.

Jadinya, di manakah terletaknya bahagia itu?. Apakah ianya mempunyai isyarat yang nyata untuk mengenalpasti kebahagiaan yang tersembunyi?. Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi diri dengan tanda-tanda orang yang merasai bahagia menurut pandangan Islam :

1.   Tidak rakus hal dunia
2.   Sibuk beribadah
3.   Kurang berbicara melainkan yang perlu sahaja
4.   Memelihara solat wajib
5.   Bersahabat dengan orang baik dan alim
6.   Merendah diri
7.   Menjauhkan diri dari perkara yang haram
8.   Pemurah dan baik hati
9.   Kasih sayang dan ehsan sesama makhluk
10. Membuat amal bakti kepada masyarakat
11. Mengingati kematian


** Tanda-tanda orang yang akan merasai sensara adalah sebaliknya dari perkara di atas.


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan