Masyarakat Indonesia kelihatan berasak-asak mahu masuk
ke arena jualan BlackBerry Bellagio pada harga 50% diskaun.
Juga masyarakat Indonesia bersesak-sesak masuk untuk
menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium
Keributan, kegopohan, keghairahan yang melampau
Assalamualaikum....
Seperti yang sedia maklum, semasa perlawanan peringkat akhir bola sepak Sukan SEA 2011 yang lalu, ada penonton dari kalangan orang-orang Indonesia sendiri cedera, lemas dan mati di dalam keriuhan dan kegopohan mereka menonton aksi perlawanan akhir dengan negara Malaysia yang dicemari oleh sikap penyokong bola sepak Indonesia yang sebilangannya tiada semangat kesukanan... Tidak dinafikan ada juga rakyat Indonesia yang baik dan berfikiran terbuka...
Dan pada tarikh 25/11/2011 lalu, Indonesia menjadi negara yang pertama di dalam dunia diperkenalkan dan dilancarkan jualan model terbaru Blackberry iaitu BlackBerry Bellagio, masyarakat mereka sekali lagi memperlihatkan corak pemikiran yang cetek dan sikap yang sememangnya kasar.
Terdapat pengunjung yang cedera sehingga memaksa pihak polis membuat keputusan untuk menutup pintu masuk ke pusat jualan tersebut.. Polis menyatakan lebihkurang 90 orang mangsa yang memerlukan rawatan perubatan di lokasi ketika itu. Lebih ramai pihak berkuasa dikerah bagi menyuraikan pengunjung pusat jualan produk berkenaan.
~ p/s :
1. Jangan salah anggap mengenai artikel ini. Ia hanya memaparkan apa yang telah terjadi, bukan sesuatu yang direka-reka.
2. Jika ada yang hatinya terguris sama artikel ini, ketahuilah bahawa perasaan saya lebih terguris di atas cara orang-orang di Indonesia melayan ahli sukan dari Malaysia. Perbuatan mereka lebih teruk dan lebih kejam jika dibandingkan dengan artikel ini.