Malaysia lawan Myanmar : Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Malaysia layak ke peringkat akhir


Malaysia   1      Myanmar    0
Fakri Saarani 
minit ke 85

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana Malaysia berjaya memenangi perlawanan bola sepak bertemu Myanmar tanpa perlu mengharungi masa tambahan 15 minit atau penentuan sepakan penalti.

Gol kemenangan skuad Harimau Muda ini dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada separuh masa kedua, minit ke 85 hasil dari gerakan tersusun dan kemas dari bahagian tengah padang.  Mungkin hasil dari kritikan peminat bola sepak Malaysia di blog dan facebook, membakar semangat beliau untuk memberikan hadiah terindah buat seluruh rakyat Malaysia dengan gol kemenangan ini.


Seperti yang pernah dilalui oleh pasukan Harimau Muda pada dua tahun lalu di Sukan Sea Loas 2009, dugaan serta cabaran yang dialami oleh pasukan Harimau Muda kali ini tidak kurang getir dan hebatnya.  Dengan masalah kecederaan, penggantungan kad kuning, "keadilan" pengadil yang tidak konsisten, ketiadaan jurulatih Ong Kim Swee di bangku pemain simpanan, ditambah lagi dengan provokasi penyokong "sepakbola" Indonesia serta pihak media massa negara berkenaan, saya dapat katakan bahawa laluan berliku pasukan bola sepak Malaysia ini amat memeritkan pemain muda kita namun ia sebenarnya dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pada mereka untuk perlawanan seterusnya dan kebaikkan di masa hadapan.

Dalam tiga tahun kebelakangan ini, mutu bola sepak Malaysia sedikit demi sedikit merangkak naik dan kita dapat menyaksikan Malaysia kini mempunyai pilihan pemain berpotensi yang banyak untuk sesuatu perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa.  

Bakat-bakat bola sepak ini perlu sentiasa dijaga dan digilap dengan baik serta teliti agar pembangunan keupayaan mereka ini berterusan dan tidak dikotori oleh unsur-unsur negatif seperti masalah displin, pengaruh politik kotor dan ketidakadilan dalam proses memilih pemain bagi mewakili negara. Mereka juga perlu mempunyai idola dari kalangan pemain bola sepak Harimau Malaya terdahulu terutamanya dari zaman Raja Bola Sepak Asia iaitu Ghani Minhat dan zaman Super Mokh, Mokhtar Dahari...  Unsur-unsur Islam perlu diterapkan terutamanya untuk pemain beragama Islam agar "rezeki" yang mereka perolehi dari sukan bola sepak menjadi rezeki yang diberkati Allah SWT dan halal sepanjang masa.  Solat jangan dilupakan..!




**p/s : 
  1. Mesti bengang giler penyokong sepakbola Indonesia, berbulu je tengok pemain kita meraikan kemenangan ke atas Myanmar dan layak ke peringkat akhir.
  2. Sesungguhnya dengan segala provokasi yang dilakukan oleh Indonesia membuktikan mereka takut akan keupayaan atlit kita di temasya sukan SEA kali ini...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan